4 cara mendapatkan trafik
Categories: Robotys, free traffic tips, good to read, google traffic, tips, web development
Written By: Robotys admin
Post ini adalah review/respon kepada post Gobala Krishnan “Getting traffic to your website”
Menurut beliau, terdapat banyak cara untuk mendapatkan trafik di internet tak kiralah untuk apa sekalipun tujuan anda seperti untuk adsense, jualan dan sebagainya. 4 cara tersebut selalu di gunakan beliau untuk setiap websitenya namun ia bergantung kepada kesesuaian sesutau website dengan satu-satu teknik mendapatkan trafik
4 cara tersebut adalah:
- PPC (Pay-Per-Click) yg mana beliau selalu menggunakan perkhidmatan Adwords (Google) untuk mencuba sesuatu idea ataupun produk dan seterusnya menentukan kadar keuntungan yang boleh di buat. Yang pastinya, teknik ini tidak sesuai untuk mereka yang pertama kali nak buat mender nih.. kang tak pasal2 kerugian ..
- Email Marketing . teknik ini ialah dengan menghantar email beserta link dan promotion materials (artikel, dsb) kepada subscriber list yg ada.Teknik ini memerlukan anda mempunyai mailing list untuk dilakukan, yang mana bermaksud mereka yang takder mailing list (newbie) kena belajar dan kumpul mail list dulu. Saya juga biasa melakukan teknik ini untuk menarik pelawat ke blog saya nih dan biasanya 35% daripada jumlah keseluruhan email yg di hantar akan datang melawat.. huhuhu, sikitnyer
- Blog, Tag, Ping . Beliau menggunakan Wordpress sbg blog dan menceritakan kelebihan2 dan sebab2 beliau memilih wordpress sbg CMS pilihan beliau. Antaranya adalah Wordpress mudah untuk di perkembangkan dan kemungkinan yang tidak terbatas untuk mengubahsuai wordpress website dengan adanya plugins yang banyak dan percuma untuk di gunakan, termasuklah plugins untuk tag n ping .
- Publishing Articles . Untuk kadar trafik yang lebih kekal dan bagus, beliau menulis artikel dan menggunakan khidmat Artikel Distributor untukmengedarkan artikel beliau. Teknik ini mampu menjana backlink dengan pantas dan banyak jika kena caranya.
Itu jer kot, nak tahu lebih lanjut boleh la lawat artikel tersebut: klik sini









