< Browse > Home / Umum / Blog article: A change need sacrifices

| Mobile | RSS

A change need sacrifices

30th Mar, 2007 | No Comment | Posted in Umum

This post is a fruit of a post by David at My Two Dollars (Making the Financial sacrifice to get what you want)

Seperti yg kita semua sedia maklum, hampir semua perubahan memerlukan pengorbanan. Pengorbanan pula mungkin dalam pelbagai bentuk yg tidak kita pernah ambil tahu. Contoh daripada post rujukan oleh david banyak menceritakan tentang ini. David bercerita tentang pengorbanan2 yg telah beliau lakukan untuk mendapatkan sebuah rumah ditepi pantai yg pada masa tersebut memerlukan lebihan sebanyak USD1000 daripada kos asal sewa rumahnya. antara pengorbanan yg beliau telah lakukan ialah:

  1. Hanya menggunakan 1 plan untuk semua telefon bimbit milik ahli keluarganya. Ia lebih kurang sama dengan Family&Friends DIGI rasanya (yang saya gunakan sekarang! ;) ). Beliau cuba untuk mengurangkan cost penggunaan telefon bimbit dari segi bayaran dan juga penggunaan yg minimum.
  2. Subscribe untuk kelajuan internet yg lebih rendah dengan penjimatan lebihkurang USD15.00 sebulan.
  3. Bekerja dari rumah. Maka cost perjalanan, makan minum, insurans kereta, dan pakaian. Penjimatan melebihi beberapa ratus dollar.
  4. Kurang makan diluar daripada beberapa kali seminggu ke sekali seminggu. Selain lebih jimat, makan diluar menjadi lebih bermakna kerana ia amat ditunggu2!
  5. Paling penting: Make a list of grocery shopping, and STICK TO IT! Memang biasanya kita akan terlebih2 shopping, even jadi habit kita untuk membawa duit lebih semasa shopping barang2 keperluan. Elakkan tabiat itu. Make a list, bawa duit ngam2 jer..
  6. Kurangkan tgk wayang… tak perlu terangkan lebih lanjut kot.. ;)
  7. Isteri beliau mula mengajar anak2 kecil (mcm kelas tadika gak la) dengan membawa masuk lebihhan beberapa ratus dollar. Nice!
  8. Cancelled gym memberships. Sebab ditempat kediaman baru beliau (rumah ditepi pantai) terdapat taman rekreasi dan juga pantai yg amat “menggoda” untuk exercise.

The result?: Perasaan apabila membuka tingkap dan melihat pemandangan indah tepi pantai AMAT BERBALOI dengan segala pengorbanan yg dilakukan!

Mungkin ada antara kita yg sedang dalam dilema kewangan untuk mendapatkan apa yg kita mahu. dilema yg paling selalu sekalu adalah KAHWIN. Nak kahwin mesti pakai duit. Malah pada sesetengah org, jumlah duit yg diperlukan agak besar dan memerlukan sesuatu tindakan. Maka pada sesiapa yg terasa mahukan idea2 untuk tindakan2 yg boleh dilakukan, cuba try baca buku daripada shuth: Mas Kahwin yg hilang

Apa yg penting disini adalah:

  1. Setiap perubahan memerlukan pengorbanan
  2. Banyak pembaziran sebenarnya dalam hidup kita sehari2. Kalau kita tahu dan lakukan sesuatu atas “pembaziran kurang nyata” tersebut, kedudukan kewangan kita akan lebih kukuh.

Apakah yg anda pernah buat untuk mengurangkan pembaziran kewangan anda?

Lets share it!

Leave a Reply 356 views, 3 so far today
  • No Related Post

Leave a Reply

sedim3front cactepitasik2merdekapangkor2pangkorsnorkelkld_waterconfidentkld_watergames