< Browse > Home / About

| Mobile | RSS

About

robotysRobotys adalah seorang manusia.. bukan robot/android mahupun cyborg. buat masa ini beliau adalah pelajar sepenuh masa di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam di Malaysia. Merupakan anak sulung daripada 8 orang adik beradik. beliau masih lagi berjantina lelaki.

Mula menggunakan komputer sejak tahun 1989 (darjah 1) dan semakin hari semakin terserlah kegilaannya terhadap  objek yang bernama komputer. Mulai tahun 1997, beliau mula berjinak2 dengan internet lalu tersangkut di jaringan internet (web site) yang membawa beliau menjadi gila flash animation setelah menyaksikan kehebatan www.flashkit.com . Sejak dari itu, beliau mula mendalami ilmu flash animation dan design termasuklah printing design, web site design, game design, cover design dan juga multimedia design. Impian beliau untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang multimedia akhirnya berkecai apabila dia di tawarkan untuk melanjutkan pengajian dalam Kejuruteraan Automotif di salah sebuah IPTA negara. Namun, keinginan yang membuak2 dalam designing telah membawa beliau menubuhkan sebuah studio khas untuk memuaskan permintaan yang tinggi untuk pelbagai bentuk design di IPTA beliau. Beliau di julang sebagai ikon yang mengubah dan menggarap keindahan printing design di Matrikulasi beliau melalui studio beliau: 119 stdio.h . Kepuasan mereka pelbagai design yang menarik telah memangkinkan pergerakan studio beliau sehingga sekarang dan seterusnya meluaskan pengaruh dalam pelbagai cabang design yang lain. Malang sekali, 119 stdio.h terpaksa dibubarkan kerana masalah kekurangan tenaga pakar untuk memuaskan permintaan yang semakin meningkat dan juga masalah perpindahan pengajian dari Petaling jaya ke Gombak. Namun begitu, berbekalkan pengalaman yang ada, beliau bergerak secara solo menawarkan perkhidmatan yang diperlukan kepada individu2 dan pertubuhan2 yang terdapat di kampus beliau. Setelah 2 tahun menabur bakti secara percuma, beliau telah menubuhkan sebuah studio baru untuk mengawal selia perkhidmatan agar lebih berkualiti dan efisyen serta memungkin beliau untuk menerima bayaran untuk setiap perkhidmatan. Kini, antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah:

  • Multimedia presentation (flash) untuk events (pelancaran/perasmian)
  • Printing design (cover, poster, banner, buku, bunting, t-shirt)
  • Website design (static, dynamic, cms, flash , coming soon: ecommerce and SMS application)
  • System design (internet automation, production line (engineering))
  • Product design (creative design, functionality vs form, apa2 product yang anda teringin nak buat tapi tak tahu camner nak buat)
  • Small/Medium events management (perasmian/pelancaran/kenduri/parti)

Kini, beliau mula mendalami ilmu internet marketing untuk mencapai market yang memerlukan khidmat beliau setelah menyedari kepentingan dan bertapa hebatnya market yang mampu di gapai oleh beliau di internet. Hidup dengan moto: “friends is friends, business is business” dan mempunyai ambisi untuk menjadi jutawan sebelum tahun 2010. Semoga ambisi beliau tercapai dengan jayanya..

Amin.

ps: sebahagian info adalah di tokok tambah untuk menyedapkan cerita. Segala cerita diatas bersangkut-paut dan ada kena mengena sedikit sebanyak dengan yang masih hidup namun tidak bagi yang telah meninggal dunia. :)

Leave a Reply 1728 views, 8 so far today
Follow Discussion

6 Responses

  1. ummisofea Says:

    Assalamualaikum,
    kak umi ingin gunakan servis awak buat kali kedua (servis kali pertama “make up”  blog dulu, amat berpuas hati) .

    so, harap dapat hubungi kak umi secepat mungkin. thanks

  2. muhammad Says:

    assalamualaikum
    saya ingin mendapatkan khidmat ro.botys untuk membuat minisite dari a-z,
    dan berapakah harga yang ditawarkan,sila email saya secepat mungkin

  3. mansor65 Says:

    Salam,slmt pg.Saya sedang menyiapkan sebuah ebook tentang kraf .Masaalahnya saya kurang berpengetahuan tentang internet,Apa yang saya lakukan hanya try & error.
    Sekiranya saya ingin dapatkan khidmat saudara tentang kesuluruhan proses dari A-Z,berapakah kos yang dikenakan.

  4. Robotys Says:

    Maaf atas kelewatan saya membalas komen tuan-puan sekalian. Saya sudah menghantar emel kepada tuan-puan. Harap maklum

  5. suffi Says:

    salam…
    en Izwan..sy ada membieli buku internet marketing untuk bisness kecil karya saudara..
    saya telah mencuba step2 yg dibetitahu dalam buku tersebut..
    tetapi,masakahnya saya tidak tahu bagaimana hendak “publish” minisite yang saya buat itu..

    harap dapat bantu saya..
    -sekian wassalam..-

  6. nj Says:

    salam,
    masih ada offer service buat MT4 EA programming?

Leave a Reply

sedim3front cactepitasik2merdekapangkor2pangkorsnorkelkld_waterconfidentkld_watergames