Blog adalah Pintu

Categories: Robotys, blogging tips, good to read
Written By: Robotys admin
Blog adalah Pintu

Selamat kembali daripada bercuti! Harapnya2 tiadalah antara kita yang mengalamai kecelakaan semasa cuti ini. Cumanya, selepas ini kenalah rajin2 bersenam untuk menurunkan berat yg bertambah semasa cuti raya. (Itulah, mkn tak ingat dunia lagi :)).

Baiklah, kali ini saya ingin bersembang tentag isu yang menarik sekali, Jika kita andaikan Blog adalah salah satu bahagian Rumah, apakah ia? .

Ini sebenarnya hanyalah analogi kepada persoalan yang dah lama berlegar2 dalam kepala saya. Apakah sebenarnya blog dari segi konsep untuk buat duit? Adakah ia satu produk? Atau ia satu servis? Ini kerana daripada pengalaman dan pengetahuan yang saya ada, duit hanya boleh dijana daripada 2 benda iaitu Produk atau Servis atau kedua-duanya sekali.

So, blog jatuh dalam kategori apa?

Pada pendapat saya blog tidak jatuh dalam kedua2 kategori tersebut! Blog bukanlah produk, kecuali jika ia dijual kepada pihak kedua. Err, ada ke org yg buat blog, kemudian bila blog dia dah famous dia jaul kepada pihak yang berminat? Takder plak rasanya. Yang penting sekali, itu bukanlah model bisnes yang saya fikirkan kerana ia terlalu mennyusahkan. Blog juga bukanlah servis. Kita tidak dibayar untuk setiap posting kita oleh pihak yang lain, kecuali jika anda menggunakan servis “ReviewMe” dan lain2. Jika pon ia mendatangkan wang, content kita yang mendatangkan wang, bukannya blog secara keseluruhan.

Blog, secara mudahnya adalah teknik untuk mendapatkan trafik. Ia bagaikan sebuah pintu. Jika pintu tersebut menarik, maka ramai la orang akan memasukinya. Jika tak menarik, kuranglah pula pelawatnya. Penjana duit pula adalah isi rumah tersebut yang mungkin adalah paid per post, iklan dan sebagainya. Jika kita tiada isi rumah dan hanya pintu sahaja, tak mungkin kita panggil itu adalah rumah. Begitu juga jika kita buat rumah tanpa pintu, bagaimana pula pelawat nak masuk?

Analogi rumah amat sesuai untuk memudahkan kita memikirkan bentuk model bisnes kita. Setiap bisnes perlu ada “pintu” , iaitu cara untuk pelawat masuk kedalam bisnes, seterusnya menikmati “isi rumah” iaiatu produk/servis yang disediakan. Jadi blog adalah salah satu pintu, dan ia adalah pintu utama jika anda hanya berblog untuk menarik trafik .. So, think more doors for your business ;)

ps: Sepanjang cuti raya saya membantu ayah membuat pondok kecil di belakang rumah, dan dari situ beliau menceritakan analogi Rumah-Bisnes nih.. Thx Pa! :)

Leave a Reply



Featured & Popular Articles

Percuma!

Anda ada blog tapi takder pelawat? Download ebook ini , segala teknik menjana trafik ke blog anda+Software percuma!! Apa lagi yang anda tunggu?? « Download sekarang! »

Subscription

Get up-to-date with new post! Every new HOT post delivered directly to your mail box instantly!

your email :