Buat Duit Dengan Twitter
Bukan, ini bukan buku baru … (mungkin boleh di pertimbangkan!
) . Ini hanya sedikit ulasan daripada berita sensasi ini. Setelah sekian lama industri komersial cuba menyelit dan membuat duit daripada social marketing system, Dell Computers akhirnya berjaya dalam kempen Twitter mereka! Jadi, apa yang membezakan teknik Twitter daripada Dell dengan mereka yang lain? Berikut adalah beberapa poin penting yang dapat saya ekstrak:
BRAND
Twitter hanyalah satu medium interaksi. Oleh yang demikian, untuk kempen yang sukses jenama (brand) adalah salah satu pemangkin yang penting. Dengan adanya jenama yang kukuh, satu2 kempen twitter adalah lebih mudah untuk berjaya dalam kadar yang segera. Dell adalah salah satu jenama yang tidak asing lagi bagi mereka yang mahu membuat pembelian komputer secara dalam talian. Jadi, dengan menggunakna Twitter sebagai satu medium penyebaran maklumat, Dell dapat memasuki secara terus kepada pasaran yang meminati produk mereka.
SPECIAL PROMOTION
Disinilah letaknya kekuatan kedua kempen Twitter oleh Dell. Para pengguna/subscriber Twitter mereka akan dihidangkan denga pelbagai promosi yang hebat2 khusus untuk pengguna Twitter sahaja! Ini dengan mudahnya memberikan sebab untuk pengguna twitter mengikuti (follow) updates Twitter daripada Dell seterusnya menarik minat pengguna twitter lain untuk sama2 follow Twitter Dell. Pendek kata, promosi istimewa khusus ini adalah senjata untuk Dell menarik minat follower baru!
EASY SUBSCRIPTION (follow - not follow)
Twitter secara sendiri adalah satu medium interaksi yang sangat “indah” kepada pihak komersial. Ini kerana tidak seperti emel mahupun iklan, pihak pengguna sendiri yang subscribe untuk mendapat informasi tentang promosi daripada pihak penjual (DELL) . Oleh yang demikian Dell tidak akan dituduh melakukan aktiviti spam. Malah, pengguna Twitter boleh unsubscribe pada bila-bila semudah 1 klik sahaja. Dengan ini kredibiliti pihak penjual akan terjaga begitu juga dengan ketenteraman pihak pengguna daripada serangan spam.
Mungkin projek kita selepas ini boleh menggunakan tips dan teknik yang digunakan oleh Dell dalam kempen Twitter dan juga internet marketing secara keseluruhan!
ps: BookTalk sabtu lepas berlangsung dengan jayanya! Cuma saya terlupa mengambil gambar juga merekodkan sesi booktalk tersebut. Selepas ini akan saya upkan isi kandungan booktalk tersebut. Tungguuu~!











July 6th, 2009 at 11:11 am
setelah aku optimze sket cara nak promosi produk CB kat twitter
bolehlah ada dpt sket tempias sale melaui twitter
December 22nd, 2009 at 12:16 am
Takpernah gunakan twitter..Akaun pun tak ada lagi..hehe..tapi info yang bagus untuk kembangkan Internet business..Thanks