< Browse > Home / Featured / Blog article: Geng the Movie : Go Upin Go Ipin!

| Mobile | RSS

Geng the Movie : Go Upin Go Ipin!

13th Feb, 2009 | 11 Comments | Posted in Featured

3197743875_41afac9575

Semalam saya demam. Badan Suam-suam kuku. hidung dah mula berair. Oh! Then kawan saya ajak tengok citer Geng the Movie. Saya cakap: “Oh Nooo!!! Cukup la aku nightmare ngan Silat Lagenda dlu. No more Malaysian animation!”

“Ala, ikut jela . Aku belanje. Aku sangap dh nak tgk movie ni.” Balas kawan saya.

OK! (Saper xnak free kan? :))

Maka pengembaraan pun bermula!

Serayesly speaking, pegila tengok citer Geng tuh. Saya sangat rekomen. Lebih-lebih lagi pada mereka yang dah fobia nak tengok citer malaysia. Lagi-lagi citer katun. Ceritanya sangat berbeza. Antara perbezaannya adalah:

  1. Upin dan Ipin!! inilah lah first watak kanak-kanak yang nakal yang pernah keluar di mainstream media yang berasal daripada Malaysia. Perasan tak yang kebanyakan watak kanak-kanak dalam drama TV mahupun layar perak semuanya well behaved. Padahal in reality budak2 baya diorang nih sumernye nakal2. (cam adik2 saya!). Kebanyakan yang buat lawak dalam citer ni pun adalah budak 2 ekor nih. So, pada saper2 yang rindu nak tengok 2 makhluk nakal nak mampos wanna die nih jom la tengok diorang kat panggung pulak!
  2. Animasi yang smooth. Saya banyak tengok kartun/anime/cgi movie dan saya berani katakan saya tidak malu dengan animasi Geng the Movie ini. Memangla masih jauh ketinggalan daripada Pixar mahupun Industrial Lights and Magic (yang wat CGI untuk citer Transformers dan 300 Spartan). Tapi ini adalah langkah ke arah yang betul. Citer yang didukung oleh kerajaan tak semestinya jadi sampah.
  3. Keseluruhan tenaga produksi adalah belia remaja tempatan. Kita pun boleh buat la! Cuma need a reasonable bajet and reasonable time. Malah pada saya cerita ini mampu dibuat dan disiapkan dengan jayanya adalah kerana kesemuanya ialah remaja. Try bagi uncle-uncle kat RTM buat tengok. Paham-paham sendiri sudah. (Err, uncle kat RTM tuh dalam bidang yang berbeza ya. Statement tuh saje je wat sedap telinga dengar. Hehehe)
  4. Kawan saya cakap: Dier puas tengok cerita tuh walaupun duration nya hanyalah selama 90 minit or sejam setengah. Dari mula sampai habis pasti ader punch line yang best. Musti gelak dengar punch line tuh. Punch line paling famous daripada Ipin: “betul, betul Betul!” :)
  5. Saya tak malu nak rekomen pada orang lain tengok. Ya, inilah citer malaysia selepas citer Puteri Gunung Ledang yang saya tak malu nak rekomen anda tengok! Sempena cuti ini (Valentine Day?) bawalah mak ayah adik abang pakcik makcik atuk nenek isteri dan makwe anda tengok. Sweet memory. :)

Banyak benda juga yang boleh diperbaiki untuk menambah baik mutu produk malaysia nih. Antaranya menambah pengalaman seiyu (pelakon suara) dengan movie-movie lain agar lebih sedap didengar dan character development yang lebih menyeluruh. Badrul dan Kak Ros tak berapa menyerlah. Mungkin mereka nak simpan 2 karakter ini untuk cerita akan datang. :) . Dari segi animasi pula, antara yang boleh ditambah baik adalah ekspresi muka karakter. Yang sekarang nih dah baik, tapi kita nak yang terbaik! Come on les copaque, you can do it!

Dan pesanan terakhir: Jangan beli cetak rompak! Belilah barangan buatan Malaysia yang best-best sahaja~! best!

Leave a Reply 3012 views, 11 so far today
  • No Related Post
Follow Discussion

11 Responses

  1. IdaRahayu_LCP Says:

    Hi! haa nasib baik awak gi nengok jugak cite ni. ahaha terima kasih atas sokongan yang diberikan. tanpa korang siapa la kami. kami janji akan buat yang lebih baik lagi untuk projek yang akan datang. Tengok site ni, ada jadual roadshow kami. http://www.lescopaque.com/ terima kasih sekali lagi!!!

    Ida Rahayu a.k.a Fizi ^^

  2. nal Says:

    ya. cerita geng nih memang best. sesiapa yang belum tengok, pi lah tengok kat panggung.

  3. Zamri Mohamad Says:

    Nantikanlah kerjasama aku dan tim bersama Geng. Syy tak boleh beritahu banyak-banyak….

    ZAMRI MOHAMAD
    http://www.zamrimohamad.com

  4. Azree Hanifiah Says:

    Hehe. Aku pun ada ajak sorang kawan tengok cerita ni, siap belanja lagi. “Apa la kau ajak aku tengok cerita kartun Melayu. Tengoklah cerita omputih.”

    Tapi, tak sampai 30 saat mula cerita tu, dia dah start gelak dulu.

    Cerita Geng ni memang terbaik!

  5. Robotys Says:

    @IdaRahayu_LCP : Thx jugak atas hasil yang menghiburkan ini. Mintak2 banyak lagi produk malaysia terbaik macam nih coming soon from LCP!

    @nal : Ya, saper2 yang belum tgk gi tgk cepat. :)

    @Azree Hanifiah : Citer nih mmg gelak je dari mula sampai habis. Part2 saspen pun gelak jugak. X bleh blah! Mmg best. Mmg menghiburkan! :)

  6. Azree Hanifiah Says:

    Part2 saspen paling seronok. Tak pasal2 kerusi aku jadi kerusi urut sebab ada sorang budak kecik masa bab saspen tu tendang2 kerusi aku.

  7. che-mie Says:

    saya nak pi tengok dekat perlis.
    tapi tak jumpa pawagam la ……

  8. che we uia Says:

    robot….phone no ko robot…ada job sket…no dah xleh pakai…ko tukar no ke? asap.. che we 013-3607578

    ?

  9. gugurl Says:

    cite ni aku belum tengok lgi…..

  10. gugurl Says:

    aku ni awek cun …ni no.tel ku 017-6197268

  11. Ganry26 Says:

    In the case of a city made of neighborhoods, this means that a neighborhood contains within walkable proximity to one another places to live, work, play, learn and worship. ,

Leave a Reply

sedim3front cactepitasik2merdekapangkor2pangkorsnorkelkld_waterconfidentkld_watergames