Hadiah-hadiah untuk Esok
Esok ada apa? Esok ada hadiah yang amat banyak untuk saudara-saudari tuan dan puan!
Hadiah 1:
Esok ada seminar/talk yang paling Hot di abad ini, iaitu talk berkisar tentang Internet Marketing yang akan disampaikan oleh Tuan Zamri sebagai teraju utama dan saya sebagai penyelit utama. Tuan Zamri juga akan membawakan seorang misteri sebagai ahli panel untuk berkongsi pengalaman … siapa si misteri itu? Kita tunggu esok. hehehe
details:
tarikh: 23 April 2009
masa: 2-3 petang
tempat: PWTC (Dewan Kedah)
Hadiah 2
Selepas sahaja Tuan Zamri menyampaikan talak internet marketing beliau, saya pula akan menyambung terus dengan tajuk yang tidak lari jauh, iaitu “Google Adwords” . Saya akan cuba berkongsi ilmu tentang Google Adwords daripada yang paling basic untuk mereka yang tak tahu langsung adwords membawa kepada intermediate level. Kiranya bolehlah dikatakan ianya kursus sepantas kilat. 1 jam untuk anda menghadam segala-galanya. Saya dengan ini berikrar akan cuba menyampaikan talk tersebut dengan kaedah paling efisien dan mudah difahami. Target saya: Pelajar sekolah menengah pun boleh faham.
Details: Rujuk details di atas.
Hadiah 3
Saya sudah lama teringin berjumpa dengan pembaca blog saya yang tak seberapa ini. Tapi saya tahu jika ada pun yang terserempak esok mungkin ada yang segan-segan nak tegur (kerana saya terlampau hensem.. uhuk uhuk) atau takut nak tegur (kerana muka saya terlampau menakutkan.. huhu) . Pada fikiran saya , mungkin sedikit rasuah hadiah boleh jadi catalyst
. Maka dengan ini saya mengisytiharkan, barang siapa yang menegur saya esok dengan kata-kata berikut “Encik ni Robotys (sebut: robotis) ya?” akan saya hadiahkan sebuah buku “Internet Marketing” dengan autograph sekali (macam glamor je). Hadiah tambahan sedang di rancang.
Jadi, tegur-tegurlah saya esok ya!










April 24th, 2009 at 9:56 am
Dan hadiah tersebut dimenangi oleh Catzer. Azree, hadiah encik bleh la di claim minggu depan ye..
Tahniah!
April 26th, 2009 at 1:52 am
ala..wrong timing la bro. .aku da la kene submit final projek.. ish3
May 4th, 2009 at 2:38 pm
Argh.. Catz menang.. Aiyak.. Kena pau catz nie.. Huhuhuuh.. Tahniah kepada pemenang…
June 11th, 2009 at 4:52 am
Saya datang time nih. Perkongsian yang memang hebat oleh semua talker.