< Browse > Home / Featured / Blog article: Kalendar 2010 “Kucing”

| Mobile | RSS

Kalendar 2010 “Kucing”

30th Dec, 2009 | 6 Comments | Posted in Featured

kalendardepan

Tidak lama lagi tahun 2010 akan menjelang tiba. Dengan ini saya ingin berkongsi desain kalendar 2010 yang masih panas (baru siap ini). Terima kasih kepada tuan Firdaus Ariff atas sumbangan gambar-gambar kucing yang cantik-cantik belaka ini. Sebenarnya terdapat beratus-ratus gambar kucing ini. Kelabu mata saya memilih cuma 12 sahaja untuk diabadikan menjadi kalendar 2010.

download di sini (4shared.com)

Tahun 2009 banyak bencana menimpa kita. Tsunami, banjir, kebakaran, pencemaran udara (jerebu), keruntuhan bangunan dan pelbagai lagi. Namun saya pasti tidak kurang kejayaan-kejayaan peribadi yang telah kita sama-sama tempa sepanjang tahun 2010. Tidak mengapa, kita simpan dalam hati masing-masing pun sudah cukup.

Impian saya untuk muncul dengan buku baru tidak kesampaian tahun ini. Tapi tidak mengapa, tahun depan saya akan balas dendam dengan 3 buah buku! Saya berjanji. (sila tuntut janji ini ya Tuan Editor. :) ). Ini semua akibat kehilangan laptop kerja yang mana kesemua manuskrip yang sedang ditulis ada di dalamnya.

Tahun 2009 juga adalah tahun saya mula kembali menjadi trainer tidak rasmi bersama tuan Zamri dan hasil daripada itu, tahun 2010 menjanjikan bengkel bisnes internet yang lebih tersusun, fokus dan dengan izin Allah akan memberi manfaat kepada para peserta. Tahun 2010 akan menjadi tahun pertama pelancaran Bengkel Blogshop, bengkel khusus untuk kami berkongsi teknik dan konsep dalam membina Blog yang menjual dengan menggunakan Blogspot.com. Pilot workshop akan dimulakan seawal februari jika diizinkan Allah.

Secara fizikal, tahun 2009 tidak membawa perubahan yang banyak. Saya masih memakai baju yang sama seperti awal tahun 2009, masih dengan kenderaan awam yang sama, rumah yang sama. Namun penghujung tahun ini saya yakin bahawa ilmu yang saya kutip daripada rakan-rakan dan mentor telah mematangkan fikiran dan mengukuhkan asas bisnes untuk tahun 2010.

Tahun 2010 adalah tahun aksi. Tahun “buat dan perbaiki!”. Tahun kerja keras.

Saya tidak akan berazam untuk tahun 2010. Pertama kerana saya termakan dengan pendapat  Tuan Sang Pelangi yang mengatakan azam itu hanyalah ritual. Kedua kerana apa guna azam jika kita sudah tahu akhirnya kita akan mencapai apa sahaja jika kita bekerja keras.

Saya bukan menghilang sepanjang tahun dengan sengaja daripada blog ini, tetapi lebih banyak bersosial di facebook. Join my network: http://www.facebook.com/robotys . Lebih banyak update dan perkongsian tips bisnes di sana. rakan-rakan yang lain juga banyak ilmu yang boleh dikutip.

Jumpa anda di tahun 2010!

Leave a Reply 819 views, 16 so far today
Follow Discussion

6 Responses

  1. Zamri Mohamad Says:

    Tetapi saya mahu kalendar kambing.

  2. Robotys Says:

    Itu mungkin kena tunggu tahun kambinglah pula tuan zamri. :)

  3. ijamidayu Says:

    Nie minat sis CATZER kita nie bro.. :D Hueheuheuhu

  4. Rezar007 Says:

    ekeke….kalender kambing?
    xpe,kambing pun comey…

  5. zairi faiezil Says:

    Salam Motivasi/Berkenalan..

    Semoga tahun 2010 akan datang satu keberkatan dalam kehidupan dan memperluaskan rezeki kita.

    Tq.
    Gaya Hebat Disukai Ramai

Trackbacks

  1. ^_^ Ro.botys.com » Blog Archive » Kursusperniagaan.com di Utusan Malaysia | Malaysia Web Design and SEO blog  

Leave a Reply

sedim3front cactepitasik2merdekapangkor2pangkorsnorkelkld_waterconfidentkld_watergames