Kekayaan bukan Kejayaan
January 4, 2008 | Author: Robotys (admin) | Filed under: Robotys

Itulah tajuk salah satu artikel di akhbar kosmo hari ini. Saya mmg pembaca kosmo yang setia. Cuma hari selasa dan khamis sahaja saya akan baca theStar (semata2 kerana sisipan inTech-nya yg kadang2 tak la best sgt.) Istimewanya hari ini, seperti hari2 jumaat yang lain, terdapat artikel yang berunsurkan tazkirah bersesuaian dengna hari mulia ini. Dan topik hari ini sgt best untuk dikongsi bersama.
Artikel nih menekankan Kekayaan total bukanlah erti sebenar kejayaan. Kita selalu dimomokkan bahawa jika si A mempunyai harta berbilion2 ringgit, beliau adalah seorang yang berjaya. Berjaya buat duit, ya. Berjaya dalam hidup, belum tentu lagi. Anatara contoh yang diberi adalah bagaimana 8 org yang amat kaya pada tahun 1923 (di US sinun) yang akhirnya mati dalam keadaan yang mengaibkan. bunuh diri, hutang keliling pinggang, mati dalam penjara dan sebagainya.
Terdapat juga petikan daripada John D Rockefeller, seorang industrialist yang mengatakan beliau hanya memerlukan sedikit sahaja daripada kekayaan beliau untuk merasai nikmat hidup yang beliau lalui.
Kerana itulah kita wajib mengeluarkan zakat. Kerana harta dan kekayaan yang mampu dinikmati oleh seseorang adalah sedikit sahaja sebenarnya, dan selebihnya adalah hak insan lain yang kurang merasai nikmat hidup ini.
Malah, setiap insan mempunyai suatu cara yang lain untuk menikmati nikmat kehidupan. Menikmati keindahan malam diterangi bintang, bersama2 ahli keluarga menikmati makan malam, bermain dengan anak kecil, bermain layang diwaktu petang, berlumba dilitar antarabangsa dan bermacam2 lagi yang tidak memerlukan kekayaan total. So, kenapa dikejarkan duit tu. Kumpulkan sekadar cukup untuk menikmati hidup ini. dan sumbangkan selebihnya untuk tabung bersamamu.
Bak kata Ali ibn Abi Talib:
Kekayaan paling berharga adalah akal. Kefakiran yang paling besar adalah kebodohan. Sesuatu yang paling keji adalah sikap ujub dan bangga diri. Kemuliaan yang peling tinggi adalah akhlak yang mulia
Selamat hari Jumaat!
No comments yet.
feel free to leave a comment
Comment Guidelines: Basic XHTML is allowed (a href, strong, em, code). All line breaks and paragraphs are automatically generated. Off-topic or inappropriate comments will be edited or deleted. Email addresses will never be published. Keep it PG-13 people!
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
All fields marked with " * " are required.



