Kekayaan bukan Kejayaan
Categories: Featured, Robotys, motivasi
Written By: Robotys admin


Itulah tajuk salah satu artikel di akhbar kosmo hari ini. Saya mmg pembaca kosmo yang setia. Cuma hari selasa dan khamis sahaja saya akan baca theStar (semata2 kerana sisipan inTech-nya yg kadang2 tak la best sgt.) Istimewanya hari ini, seperti hari2 jumaat yang lain, terdapat artikel yang berunsurkan tazkirah bersesuaian dengan hari mulia ini. Dan topik hari ini sgt best untuk dikongsi bersama.
Artikel nih menekankan Kekayaan total bukanlah erti sebenar kejayaan. Kita selalu dimomokkan bahawa jika si A mempunyai harta berbilion2 ringgit, beliau adalah seorang yang berjaya. Berjaya buat duit, ya. Berjaya dalam hidup, belum tentu lagi. Anatara contoh yang diberi adalah bagaimana 8 org yang amat kaya pada tahun 1923 (di US sinun) yang akhirnya mati dalam keadaan yang mengaibkan. bunuh diri, hutang keliling pinggang, mati dalam penjara dan sebagainya.
Terdapat juga petikan daripada John D Rockefeller, seorang industrialist yang mengatakan beliau hanya memerlukan sedikit sahaja daripada kekayaan beliau untuk merasai nikmat hidup yang beliau lalui.
Kerana itulah kita wajib mengeluarkan zakat. Kerana harta dan kekayaan yang mampu dinikmati oleh seseorang adalah sedikit sahaja sebenarnya, dan selebihnya adalah hak insan lain yang kurang merasai nikmat hidup ini.
Malah, setiap insan mempunyai suatu cara yang lain untuk menikmati nikmat kehidupan. Menikmati keindahan malam diterangi bintang, bersama2 ahli keluarga menikmati makan malam, bermain dengan anak kecil, bermain layang diwaktu petang, berlumba dilitar antarabangsa dan bermacam2 lagi yang tidak memerlukan kekayaan total. So, kenapa dikejarkan duit tu. Kumpulkan sekadar cukup untuk menikmati hidup ini. dan sumbangkan selebihnya untuk tabung bersamamu.
Bak kata Ali ibn Abi Talib:
Kekayaan paling berharga adalah akal. Kefakiran yang paling besar adalah kebodohan. Sesuatu yang paling keji adalah sikap ujub dan bangga diri. Kemuliaan yang peling tinggi adalah akhlak yang mulia
Selamat hari Jumaat!









October 20th, 2008 at 9:56 am
bagi mereka yang belum pernah mengeluarkan zakat, agak susah untuk dia memahami nikmatnya dan hikmatnya….
Tetapi bagi mereka yang selalu mengeluarkan zakat, sudah tentu dia tidak akan melepaskan peluang dari mengeluarkannya. Percayalah, harta anda bukan sahaja lebih berganda apabila anda mengeluarkan zakat (seperti sepatutnya), tetapi jiwa anda menjadi lebih tenang. Apabila jiwa tenang, lebih mudah untuk kita berusaha menambah rezeki. BUAT DIRIKU YANG LUPA!
October 20th, 2008 at 10:40 am
Yep, Agree with you 100%.
Ruginye buan Ramadhan dh berlalu, kalau tak, berganda2 pahala bersedekah nih.
October 20th, 2008 at 12:32 pm
kita nak mati pun kena pakai duit…
jd carik lar duit…
tp jgn jd hambe duit. ..
pasal duit tu bukan bawak mati pun …
renung2 kan…
November 20th, 2008 at 2:22 pm
Kekayaan bukanlah suatu destinasi sebaliknya suatu perjalanan…
Jika anda ingin menjadi Tuan kepada wang…maka jangan berkerja untuk wang sebaliknya biarkan Wang Berkerja Untuk Kita …
Salam kekayaan,
THINKERICH
November 21st, 2008 at 10:35 am
Pergh…
“Jadilah Tuan Kepada Wang Anda” ..
Saya akan ingat sampai bila2!