Kenapa laman Web tak pernah siap?

Categories: Robotys
Written By: Robotys admin
Kenapa laman Web tak pernah siap?

post ini adalah buah fikiran daripada artikel terbaru saifulsham.com dengan tajuk yang sama . (klik sini untuk artikel tersebut) Saya terpanggil untuk menghurai lebih lanjut tentang topik ini berdasarkan ilmu dan pengalaman yang ada dalam membangunkan website2 sebelum ini.

Kenapa Website (laman web) Kita tak pernah Siap?
Jawapannya mudah: Kerana sesuatu website itu takkan pernah siap!

Kita semua sudah terbiasa menganggap website adalah something “hard” atau statik tetapi pada hakikatnya ia tidak. Kita menganggap kerja2 membangunnkan website itu seperti memasak: buat ini + buat itu+ ejas sket2+ biarkan ia empuk + Hidang! (siap) . Itu adalah idea membangunkan website era 1.0. Website pada era 2.0 pula lebih menyerupai satu nyawa, seekor makhluk yang hidupnya bermula daripada benih dan membesar mengikut peredaran masa. ia bagai bayi yang sedang membesar. Ia bagai pohon yang sedang tumbuh mengukuh. dan sesuatu yang hidup itu hanya habis bila ia mati. Website anda/blog anda hanya akan “siap” bila ia “mati” .

Panjang sungguh berfalsafah. :) Layan kan saya kali ini ya. dah lama tak menulis. :)

sambung balik: Website adalah organik. Ia hidup, Ia membesar dari 1 page kepada beribu2 page mengikut peredaran masa. Beban nya sama sahaja seperti kita membesarkan anak daripada bayi sehingga la boleh bekerja dan menyara hidupnya sendiri. Website juga begitu. Semasa ia kecil (berumur 3 tahun ke bawah), mmgla tugas yang tak pernah habis nak nurture/jaga sampai besar. Namun bila ia dah besar, pasti mereka akan membalas jasa kita membesarkan mereka (jika kita membesarkn ia dengan betul) .

Ada juga yang bila dah besar jadi tak reti bahasa dan tidak mengenang budi ( klu website - tak menguntungkan :) ) . Jangan disalahkan org lain. Salahkan diri sendiri kerana tidak membesarkan website tersebut dengan baik. Pendek kata: perlu la ada ilmu untuk nurture/jaga website supaya menguntungkan dikemudian hari.

Pengajarannya: buat duit dengan internet adalah kerja yang amat mengambil dan memenatkan. jika kita mahu membuat website yang menguntungkan, fikirlah ia seperti anak2 kecil yang perlu dijaga dan diajar shingga besar dan mampu mencari duit sendiri.

ps: Saya sudah kembali daripada pertapaan yang amat panjang. Harap maklum :)

Leave a Reply



Featured & Popular Articles

Percuma!

Anda ada blog tapi takder pelawat? Download ebook ini , segala teknik menjana trafik ke blog anda+Software percuma!! Apa lagi yang anda tunggu?? « Download sekarang! »

Subscription

Get up-to-date with new post! Every new HOT post delivered directly to your mail box instantly!

your email :