Less Noise More Signal
Dalam communication dan data tranfser seperti handphone dan radio, every signal yg dihantar biasanya akan mengalami gangguan atau lebih dikenali sebagai “noise” yg mana tidak diperlukan dan mengganggu komunikasi dan mesej yg ingin disampaikan.
Konsep Signal+Noise ini boleh juga digunakan dalam kehidupan seharian. Contoh yg paling dekat ialah “Goal Achieving”. Signal adalah Goal yg telah kita set (anda dah set goal anda?) sebelum melakukan sesuatu. Contoh goal adalah “buat duit sebanyak RM1000 sebulan dengan internet menggunakan teknik adsense dalam masa 6 bulan” . Ini adalah Goal, bukannya “Nak buat duit dengan internet” (Goal mestilah spesifik). Maka apakah Noise yg mungkin muncul? Antaranya adalah:
- Proses over-learning. Anda sudah dapat maklumat yg cukup, tapi still surfing for the “Holy Grail”
- Terlalu lama di internet. sampai tiada masa untuk melakukan perkara yg lebih penting seperti brainstorming, planning, product ideas, basuh pinggan, cuci baju dan makan ;).
- Masa tgh fokus nak wat kejer, time tu la ada kawan ajak makan, main dan sebagainya
- Letih, mengantuk atau sakit pada masa yg produktif.
- Black out
Dalam banyak2 noise tersebut, terdapat satu “noise” yg amat penting untuk dihapuskan kerana hasilnya adalah 3 kali ganda prestasi anda sekarang. Noise yg dimaksudkan adalah “Terlalu Lama di internet”. Manusia nih daya fokusnya sekejap sahaja, lebih kurang 20-30 minit pada manusia biasa dan lebih kurang 50-70 minit jika di beri latihan daya fokus. So, lebih daripada masa tersebut biasanya adalah masa yg dibuang begitu sahaja dengan surfing for fun stuff, chatting, berbalas2 mesej di forum yg tiada kaitan ataupon bergelak ketawa menonton tayangan di youtube.
Saya sendiri mengalami perkara tersebut. Dimana jika dalam sehari saya fix-kan online hanya selama 2 jam. Lebih banyak kerja boleh disiapkan berbanding online tanpa had masa (Paling lama saya pernah online selama 12 jam ;)).
Time management is essential to enjoy the life and reap profit! Apa kata anda cuba kurangkan masa online anda dan lihat kesannya. Mungkin lebih hebat daripada saya.!
Bak kata pepatah: “Get Offline, Get a life!”









