Kursus Pemasaran Internet Is Back!
Ya, atas permintaan ramai, Kursus Pemasaran Internet kembali dan akan diadakan pada 2 Mei 2009 bertempat di tempat yang akan diberitahu kelak.
. tapi kami akan pastikan ianya di area KL agar mudah dicapai oleh semua peserta. Bila kita memudahkan pelanggan, pelanggan pun senang hati membayar harganya.
Kursus kali ini akan tetap membincangkan topik-topik asas seperti:
- Apakah itu website. Kenapa ia dipanggil website dan jenis-jenis serta ciri-ciri website yang perlu ada bagi setiap website yang menjual.
- Cara-cara membina website atau lebih tepat lagi, minisite secara detail. Langkah-demi langkah akan saya tunjukkan daripada cara mendownload template dan mengubahsuainya mengikut selera anda. Perisian ada disertakan dalam CD bonus.
- Teknik menulis surat jualan ataupun dalam bahasa inggerisnya Copywriting. Kajian menunjukkan Copywriting memainkan peranan yang sangat penting dan menyumbang kepada 70% jualan anda. Jadi, topik in perlu diberi perhatian khusus. Oleh yang demikian, ia akan dikelolakan oleh penulis bestseller dan juga pemilik laman web jualan buku ikan keli yang famous itu: Saudara Zamri Mohamad. Tanya banyak2 kat beliau. Banyak pengalaman Zamri nih.
- Teknik memasarkan laman web anda. Ini adalah komponen paling penting dalam strategi buat duit dengan internet. Tanpa pemasaran, tiadalah orang datang website kita dan jika tiada orang datang, sepower manapun ayat jualan kita ia tetap tak akan menjual. Saya akan berkongsi langkah demi langkah dan juga blueprint pemasaran laman web yang saya gunakan. Antara teknik yang akan saya kongsi adalah SEM, SEO, Social marketing, Blog dan beberapa teknik Guerilla marketing. Anda tidak perlu tahu semua atau buat semua. Cukup mengamalkan beberapa teknik yang sesuai dengan saudara kerana overdose teknik pun boleh membahayakan kesihatan kempen pemasaran kita.
- Sesi yang paling popular: Sesi perkongsian pengalaman daripada ahli panel jemputan. Beliau semestinya pengamal internet marketing yang mahu berkongsi pengalaman dan tips memulakan bisnes anda secara online.
- Sesi paling mahal dalam seminar ini: Sesi soal jawab. Pada sesi inilah rahsia-rahsia ahli panel akan terbongkar. Anda boleh tanya secara spesifik apa sahaja yang bermain di fikiran anda. Ya, kami bertanggungjawab untuk menjawabnya dengan jujur, merkipun business secret yang ditanya. Xbleh carik makan lama2 camnih.
Peserta yang layak juga akan membawa pulang manuskrip seminar yang mengandungi tutorial membuat website dan juga nota-nota persembahan yang telah dicetak.
Dan bonus yang paling penting sekali: CD rom yang mengandungi a bunch of video tutorials dalam membina website, melakukan kajian katakunci (salah satu teknik SEO), menggunakan Google untuk mengkaji pasaran dan beberapa video dalam menggunakan beberapa peralatan/perisian yang turut disertakan sekali di dalam CD rom tersebut. Segala perisian yang kami gunakan semasa membuat persembahan dan bengkel ada disertakan sekali dalam CD tersebut.
Jadi, pastikan anda “layak” untuk mendapatkan CD tersebut.
Jangan tunggu lagi, terus booking tempat saudara di laman web kursusperniagaan.com. Booking dulu bayar kemudian pun boleh. Jangan lupa bayar pula, jika tidak tak dapat tempat.
Jika ada persoalan boleh sahaja diajukan diruangan dibawah.
jumpa di sana!









