Merdeka,Puasa dan Chrome
Categories: Robotys, free software, open source
Written By: Robotys admin

Perihal Merdeka
Saya sebenar-benarnya amat tidak berpuas hati dengan kenyataan-kenyataan dimedia setiap kali bulan kemerdekaan tiba. Saya pasti dan amat pasti isu “Remaja tidak merdeka” atau seumpamanya akan diutarakan. Bukan sedikit tapi berulang-kali dipaparkan setiap tahun, setiap minggu dan mungkin setiap hari jika ditambah blog-blog dan juga naskah berita dalam talian (online) yang mengulas isu yang sama. Tiada isu lainkah? ( Ada, tapi mungkin ianya kurang menarik). Saya melihat media/penulis sudah bankrap idea jika isu ini timbul.
Jawapan saya kepada persoalan “Kenapa remaja kurang memahami maksud merdeka” ini ialah: “Apakah Maksud Merdeka yang sebenarnya?” (Ya, ia adalah soalan
) . Masalah media/penulis timbul apabila melihat definisi Merdeka dari persepsi diri yang berbeza2 mengikut individu. “Merdeka bermaksud bebas daripada penjajahan” adalah satu definisi merdeka. “Merdeka adalah apabila kita bebas membuat keputusan tanpa dipengaruhi oleh unsur luar” adalah satu lagi definisi Merdeka (yang tak berapa betul sebenarnya). Pelbagai definisi ini menyukarkan pengukuran tahap kemerdekaan kita. Eh, wujudkah ukuran tahap kemerdekaan? Satu lagi masalah….
Ayat ini untuk remaja sekalian bagi menjawab kritikan “Orang muda zaman sekarang tak faham apa erti merdeka”; “Er, pakcik/atuk …. apa erti merdeka yang sebenarnya?” . Lepas itu berseronoklah melihat reaksi-reaksi mereka yang pelbagai
. Ada yang kalut sebentar, ada yang buat-buat cool dan ada juga yang benar-benar cool! (Berdasarkan pengalaman )
Selamat Menyambut Ramadhan Al-mubarak!
Ya, ramadhan sudah tiba bermaksud syaitan-syaitan penggoda tiada di sisi. Maka jika mata anda tidak “puasa” (lelaki tengok wanita, wanita tengok kasut nak shopping
) maka jangan disalahkan makhluk bertanduk merah itu. Jika hati terasa malas nak beribadat , jangan dikata syaitan sedang bekerja. Jika mulut susah mahu bertasbih dan berzikir, jangan disalahkan syaitan bergayut di bibir. Salah siapa? Salah diri sendiri. Bulan ini bulan rezeki. Kalau anda tahu anda akan mendapat keuntungan beratus kali ganda daripada modal anda, mahukah anda berniaga? Ya, pasti mahu! . Kalau anda tahu setiap amalan anda mendapat pahala beratus kali ganda , mahukah anda beramal? Ok, jawablah sendiri.
Google Chrome
Saya adalah internet surfer yang sejati. Bukan saya kata begitu, tapi sahabat saya. Saya adalah kipas-susah-mati Firefox suatu ketika dahulu, kemudian bertukar kepada Opera 9 (kerana Firefox amat lembap bila banyak tab digunakan serentak). Namun, kedua-duanya amat dahagakan RAM/CPU komputer saya yang uzur ini. Agak menyakitkan hati bila melihat proses CPU mencecah 80% kerana makhluk berdua ini. Maka saya dengan sukacitanya telah memuat-turun (download) “Google Chrome“.
Ya, Google telah mengeluarkan browser mereka sendiri!!
Setakat ini baru sahaja dimuat-turun dan di install . Esok-lusa saya akan post reviewnya ya!
Kenapa saya terpikat untuk menggunakannya?
1- Branding : Google beb! ia bagai satu simbol seks untuk Geeks, Otaku dan web developper . Mungkin tidak. ![]()
2- Teknologi: Penerangan tentang teknologi pelayar mereka yang cukup ringkas dan santai (dalam bentuk komik!) yang amat mudah difahami. Teknologi-teknologi yang ada memanglah amat meyakinkan. Malah ia menjanjikan performance yang saya mahukan (tiada lagi hang bila buka tab dengan banyaknya
)
3- GUI : satu lagi trademark produk-produk Google adalah GUI (Eng: Grafik User Interface/ BM: Antara Muka Grafik) mereka amat ringkas, AMAT ringkas dan amat mudah digunakan. (Ya, 2 kali “amat ringkas” sengaja ditaip sebegitu)
4- AI: atau Artificial Intelligence. Sebenarnya tiada pun AI tetapi mereka telah meletakkan algorithm dalam pelayar Chrome yang akan mempelajari dan memahami website-website yang anda suka melalui tabiat pelayaran anda, bookmarks dan juga katakunci-katakunci (keyword) yang digunakan semasa carian (search). Carian juga lebih mudah - taip sahaja katakunci di “address bar” . Semudah itu!
5- Plugins: Seperti Firefox dan Opera, Chrome juga menawarkan plugins untuk ditambah. namun, memandangkan chrome masih lagi di tahap BETA, maka amat kurang plugins 3rd-party yang telah ditulis. namun saya pasti, dimasa kan datang pasti terdapat lambakan plugins seperti yang berlaku pada Firefox dan juga Opera. (Saya amatlah jarang menggunakan plugins)
Berminat untuk menggunakan Chrome? download disini: Chrome download».
Sekali lagi: Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak!










October 24th, 2008 at 10:30 am
[...] sudah menyediakan integrated RSS reader. Antaranya; Internet Explorer 7, Mozilla Firefox, Opera dan Google Chrome. Modus operandinya biasanya adalah bila anda mengunjungi satu page yang mengandungi RSS, logo RSS [...]