< Browse > Home / Featured / Blog article: Microsoft Free Hosting+Domain+Emel

| Mobile | RSS

Microsoft Free Hosting+Domain+Emel

11th Feb, 2009 | No Comment | Posted in Featured

Microsoft kejam. Sungguh kejam. Kejam terhadap hosting provider yang lain.

Tapi untuk anda, saya pasti tawaran microsoft ini tidak mungkin anda lepaskan. Kerana saya pun tidak melepaskanya!!

Microsoft kini menawarkan perkhidmatan webhosting beserta domain name sekali. Harga? Percuma untuk setahun pertama. $14.95 untuk tahun-tahun berikutnya. Tonton video ini untuk info lebih lanjut tentang tawaran ini.

Pendapat peribadi saya (sambil cuba tidak bias sebaik mungkin), tawaran ini memang best. Pertama, ianya ditawarkan oleh Microsoft, salah satu kompeni IT yang terbesar. Jadi, perkhidmatannya sudah semestinya stabil dan cekap. Tiada lagi server down setiap bulan.

Keduanya, harganya yang sangat2 berbaloi! Hosting dengan domain hanya RM50++ (setelah ditukarkan kepada RM) setahun! Murah tak murah la kan.

Akhir sekali, sudah pasti server tersebut menggunakan platform windows. Platform server windows sangat reliable dan biasanya mempunyai sistem support yang profesional. bukan murah nak beli server windows nih. Maka, sudah pasti pelaburan yang dilakukan pihak hosting provider akan menerima ganjaran yang setimpal dari segi kualiti dan kuantiti.

Namun terdapat beberapa isu yang bermain difikiran saya. Salah satunya adalah bagaimana dengan support untuk script2 laman web popular yang menggunakan PHP dan MySql  seperti wordpress dan joomla? Adakah ia boleh digunakan di server tersebut? Hmmm, kene test dulu nih. :)

Nantikan verdict saya tentang offer dari microsoft ini. Sekarang, mari kita layan ini server!

Leave a Reply 1120 views, 1 so far today
  • No Related Post

Leave a Reply

sedim3front cactepitasik2merdekapangkor2pangkorsnorkelkld_waterconfidentkld_watergames