Pembaca, kini mahu Menulis
Categories: Umum
Written By: Robotys

Sudah berapa lama kita membaca, atau secara rasminya belajar? (Saya; 20 tahun). Agak-agaknya sudah banyakkah ilmu kita ini? (Jangan katakan lengkap ilmu, ianya takkan pernah lengkap) . Daripada membaca kita akan perolehi ilmu. Tidak kisah yang dibaca itu buku-buku teks mahupun komik Naruto. Ianya tetap ilmu. (Komik naruto banyak memberi ilmu motivasi: just a point.
) .
Pernahkah anda merasakan pada satu tahap, anda sudah tidak boleh menghadam ilmu semasa membaca?
Saya pernah.
Otak pada ketika itu beku. Nak fikir apa pun susah. Imaginasi pada waktu itu kelu. Nak bayangkan muka awek cun pun tak mampu. Idea pada waktu itu malu. Nak jengah sikit-sikit pun tidak mahu.
Lalu saya berbincang, bertukar-tukar idea, berdebat, menjawab soalan-soalan sukar daripada tuan penulis bestseller yang pada ketika itu secara tak sengaja berada di radius 5 kaki dari saya.
Idea mencurah-curah keluar, tidak malu lagi. Imaginasi pantas tertayang, bagai wayang. Wow.
Lalu saya bertekad mahu menjadi penulis.
Mahu berkongsi ilmu-ilmu yang ada dengan harapan banyak lagi ilmu yang akan diperolehi. Mahu berbakti kepada masyarakat yang baik hati memberi saya ilmu-ilmu ini dengan harapan ramai yang mahu berkongsi ilmu lagi.
I`m now a fullfledge knowledge addict.
Â
Â










November 19th, 2008 at 9:12 pm
saya pon pernah rasa seperti itu , tapi sampai separuh jalan idea tu hilang. terbengkalai le buku tu.
November 25th, 2008 at 8:27 pm
“Otak pada ketika itu beku. Nak fikir apa pun susah. Imaginasi pada waktu itu kelu. Nak bayangkan muka awek cun pun tak mampu. Idea pada waktu itu malu. Nak jengah sikit-sikit pun tidak mahu.”
Salam.
Mamat, lain macam ayat kau ni. Kritikal….tulis jangan tidak
December 17th, 2008 at 2:55 pm
heh he…