Perhimpunan Haram: Opinion

Categories: Robotys, good to read, melayu
Written By: Robotys admin
Perhimpunan Haram: Opinion

Perhimpunan haram bermaksud perhimpunan (lebih daripada 5 org) yang tidak menerima permit kerajaan/badan berkuasa. Mereka2 yang berhimpunan boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

Saya sebenarnya seronok membaca reaksi2 dan respons pembaca di noorizamshah.com untuk entry berkaitan perhimpunan haram nih. Macam2 perasaan dan pendapat diluahkan. Dan saya juga tergerak untuk berdiskusi tentang beberapa pernyataan mereka2 tersebut .

1- “Buang masa jer sertai menda2 camnih”

Saya setuju! Bukan sebab saya sokong kerajaan tapi pada pendapat saya, ia tak berkesan. Apakah yang berlaku selepas perhimpunan tersebut? Nothing. It is just like a trickle in big pond. The big pond is Malaysia and the trickle is small so that kerajaan tak amik pot pon.

2- “demonstrasi adalah luahan ekspresi demokrasi” (lebih kurang la maksud dia)

Yup. Its true. Tapi tak guna demonstrasi kat negara yang agak kurang demokrasi dari segi parti2 nih (dari segi peruntukan projek pon agak kurang demokrasi juga). :)

3- Isu media: Kalau kerajaan benarkan BERSIH bersuara melalui media, maka takkan berlaku la perhimpunan Giga nih.

Tak tentu juga. Ia boleh jer berlaku. Dan JANGAN harap mereka akan dapat bersuara melalui media2 mainstream. (Kalau saya jadi kerajaan pon tak mungkin saya kasi line.) . Bukan tak demokrasi, tapi prevensi daripada kemungkinan2 buruk.

4- Isu tak kenang budi kerajaan dan cakap2 Paklah “Saya pantang di cabar”

Err, zaman sekarang nih budi tak menentukan undi. The most important thing is the future of the next generation. Sapa2 yang boleh memberikan (bukan takat menjanjikan) masa depan yang lebih baik, maka merekalah yang selayaknya memerintah. Sebab tu jugak lah saya rasa Kerajaan sekarang akan tetap bertahan. Sebab kalau tetiba kerajaan bertukar parti, mau kelam kabut kerajaan time tuh.

Wahai Pemimpinku Pak Lah yang dihormati, mereka2 itu bukan mencabarmu, tapi cuma menyuarakan rasa tidak puas hati semata2. Dengarkanlah dan fikirkanlah suara2 hati mereka itu.

5- Isu harga minyak/barang2 semakin naik

Err, nih takder kena mengena sangat dengan kerajaan. JGN berharap harga barang akan turun, kerana ia mustahil berlaku. Bukan kerana kerajaan tamak, tapi kerana inflasi yang memakan nilai2 wang kita. Semakin lama semakin jatuh nilai matawang kita. Kerajaan hanya dapat mempertahankan inflasi daripada naik mendadak. dan mereka pon sebenarnya nak inflasi sifar, sebab mereka pon pengguna juga. Kalau harga minyak naik, kerajaan pon kena keluar lebih banyak duit untuk subsidi minyak kepada jabatan2 yang memerlukan.

Sesungguhnya ini hanyalah pendapat saya yang bersifat neutral. Yup, saya neutral. Ada masa saya sokong kerajaan, ada masa saya tak sokong kerajaan. Ada masa saya sokong pembangkang, ada masa saya sebaliknya. Manusia penuh dengan kelemahan. Sama2 la kita berusaha kearah masa depan yang lebih baik.

ps: Gambar kredit kepada ded1, browse gambar2 perhimpunan BERSIH yang lain

Leave a Reply



Featured & Popular Articles

Percuma!

Anda ada blog tapi takder pelawat? Download ebook ini , segala teknik menjana trafik ke blog anda+Software percuma!! Apa lagi yang anda tunggu?? « Download sekarang! »

Subscription

Get up-to-date with new post! Every new HOT post delivered directly to your mail box instantly!

your email :