< Browse > Home / Buku, Featured, SEO / Blog article: Pesta Buku : Internet Marketing Untuk Bisnes Kecil

| Mobile | RSS

Pesta Buku : Internet Marketing Untuk Bisnes Kecil

20th Apr, 2009 | 4 Comments | Posted in Buku, Featured, SEO

im3Ya, saya sibuk . Sibuk dengan kerja dan juga sibuk dengan pesta buku! Hehehe.

Kelmarin akhirnya saya sempat juga pergi ke pesta buku. Bukan apa, cuma mahu melihat hasil titik peluh saya sebelum ini: “Internet Marketing Untuk Bisnes Kecil” . Ya, i wrote a book! Akhirnya, salah satu checklist azam 2008 saya boleh lah di potong:

8- Tulis buku tentang apa sahaja . (tentang bisnes better)

Yes!

Tentang buku

Buku ini basically adalah tentang bagaimana untuk membina sebuah laman web mini untuk bisnes kecil. Ia menyasarkan pada bisnes kecil, tetapi teknik-teknik yang terkandung dalam buku nih boleh diaplikasikan kepada mana-mana jenis website sekalipun dengan sedikit tweak n twist. Macam memasak juga, ubah sikit resepi unutk disesuaikan dengan citarasa anda. :)

Berikut adalah chapter-chapter yang ada:

Bahagian 1

Bab 1: Perniagaan kecil hilang pelanggan setiap hari.
Bab 2: Laman web mini dan skrip jualan.
Bab 3: Empat maklumat carian pelanggan.
Bab 4: Mudahkan pelanggan menghubungi.

Bahagian 2

Bab 5: Tarik, saring, hantar dan dorong pelanggan.
Bab 6: 22 pendahuluan skrip jualan persuasif.
Bab 7: Skrip jualan magnetik.
Bab 8: Tonjolkan dan huraikan secara berasingan.
Bab 9: Gunakan sistem bullet.
Bab 10: Testimonial yang baik dan yang buruk.
Bab 11: Menaikkan tumpuan pelanggan.

Bahagian 3

Bab 12: Membina laman web yang menjual.
Bab 13: Asas reka grafik laman web jualan.

Bahagian 4

Bab 14: SEO bagi kadar trafik yang tinggi.
Bab 15: Teknik SEO offpage mengumpan pelanggan.
Bab 16: Kajian Katakunci bagi optimisasi laman web.

Cuba teka saya tulis bahagian mana? (Soklan bocor dah nih kot… hehehe)

Ingin saya rakamkan jutaan terima kasih pada sahabat-sahabat yang tanpa mereka memang tak mungkin buku ini akan wujud. Pertama sekali, Penulis bersama Internet Marketing untuk Bisnes kecil:  Tuan Zamri Mohamad. Serayes mantap mamat neh. Juga kepada Tuan Syarafuddin Sulaiman yang membuka jalan penulisan kepada saya. Kepada makwe cun yang sentiasa  memberi kritikan yang membina ala-ala Paul Moss dan juga kepada kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang memberi inpirasi kepada diri ini. Serayes nampak kebanggaan terpancar kat wajah ibu malam tadi bila saya tunjuk buku nih pada dia.

Eh, bukan buku nih, buku lagi satu: “Misteri Luqman” ! Yaaaa 2 buku tau published untuk Pesta Buku kali ini!

cover-luqman

Buku Misteri Luqman ini adalah hasil idea Tuan Syarafuddin dan Tuan Zamri yang ingin menerapkan minat sains pada kanak-kanak . Dalam masa yang sama ia bertujuan untuk melatih penulisan Tuan Syarafuddin agar ayat-ayat beliau lebih komersial dan lebih mudah difahami (saya agak sukar membaca buku buku beliau sebelum ini. :) ).

Tugas saya adalah menjadi luqman mereka plot-plot yang menarik yang dihadapi oleh luqman akibat perbuatan nakal Omar dan Sidek . Yeah, i`m Luqman ~ ! Hehehe

Buku ini sesuai untuk adik-adik setiap peringkat umur. Kalau ada bapa-bapa yang mental nya macam adik-adik pun sesuai juga. :)

Apa yang saya gemar tentang buku ini adalah konsep menggunakan komik untuk menerangkan aksi-aksi penting. sangat berguna dan mudah difahami! Bijak sungguh orang yang keluarkan idea konsep ni. :)

Dapatkan kedua-dua buku tersebut secepat mungkin!

Kepada mereka yang berminat nak autograf, boleh lah berbuat demikian pada hari khamis nanti, saya akan berada sepanjang hari di PWTC . Kerana~~

Saya telah dijemput untuk mengadakan talk ringkas tentang Google Adwords.

Tarikh: 23/4/2009

Tempat: PWTC (tempat spesifik akan diberitahu kelak)

Masa: Pukul 3 petang.

Talk ini adalah sempena buku saya yang akan terbit bulan 5 atau 6 karang bertajuk “[bla bla bla] Google Adwords” (masih dalam perbincangan. Ada idea? :) )

Pada hari saya sama, Tuan Zamri juga akan menyampaikan seminar ringkas tentang Internet Marketing untuk Bisnes kecil pada pukul 2 ptg. Kiranya hari tersebut mmg talk untuk buat duit sahajalah. Jadi, jangan ketinggalan untuk mengikuti talk kami.

psssst: Saya difahamkan pihak Google Adwords Malaysia ada menyumbangkan baucar Adwords bernilai RM50 (atau RM100, saya tak ingat) untuk diedarkan pada talk tersebut. Rembat cepat!

Sekian, jumpa disana!

Leave a Reply 1127 views, 2 so far today
Follow Discussion

4 Responses

  1. Zamri Mohamad Says:

    Nota:

    Rupa-rupanya Google telah menghubungi saudara Izwan ini untuk menguji kefahaman beliau mengenai Adwords. Dia telah lulus dan layak bercakap mengenai Google Adwords.

    Jadi mesti datang!

  2. NaZRaHKu =) Says:

    salam encik robot..sblm baca komen aku nih..silalah kawal pengembangan hidung dan hati ko k..sbb aku mmg suke ter’over-excited’ sket…hehe..

    1st..tahniah2..sbb dpt mencapai azam ko..aku jeles nih..jeles2..(ni jeles baik ok..bukan jeles tak baik..) kenapa? sebab aku pun ada impian untuk menulis buku sendiri..bilela aku plak nk ade buku sendiri ek..hemm..oleh kerana ko dah ada buku sendiri, maka pasni bole la aku mntk tips2 dr ko..hehe..

    oh, ye..fyi, aku dah pon beli buku ko yg 1st tu..sbg support utk kwn sdiri..dan sbb aku mmg minat bab2 bisnes nih..oleh itu, silalah bg autograph ok..aku pn tmpg bangga gak klu kwn/kenalan aku tulis buku..hbs aku bgtau family dan kwn2 aku..itu blom aku yg tulis buku lg..baru kwn aku yg tulis buku..haha..nampak tak betapa ‘over-excited’nyer aku..haha..

    klu ko nak taula kan..klu tak nak tau pn aku nak bgtau…lepas aku beli buku ko baru aku tau nama ko izwan wahab..klu x, aku tau nama ko robot je..huhu..sadis2..mak ayah bg nama sedap2..robot jdnyer..

    dua  soklan utk ko..erm..aku xtau ar ko tulis bab mana..bab mane satu ko tulis ek? lg 1, syarafudin tu aku mcm kenal jer…die dak engin yg tukar ke HS tu ek?

    ok, setakat itu je komen aku..wassalam..

  3. aman Says:

    huhu…boleh order online tak?

Trackbacks

  1. ^_^ Ro.botys.com » Blog Archive » Hadiah-hadiah untuk Esok | Malaysia Web Design and SEO blog  

Leave a Reply

sedim3front cactepitasik2merdekapangkor2pangkorsnorkelkld_waterconfidentkld_watergames