< Browse > Home / Umum / Blog article: RSS : Penerangan dan Penggunaan Yang Betul.

| Mobile | RSS

RSS : Penerangan dan Penggunaan Yang Betul.

24th Oct, 2008 | No Comment | Posted in Umum

Kepada blogger yang lama/veteran, saya pasti anda tahu mengenai RSS. Kalau tak tahu tuh mmg sengal la. Namun bagi yang baru mengenali dunia blogging, pasti tertanya-tertanya apa la kebende logo warna oren (macam kat sebelah nih)/link dengan anchor “Subscribe Here”, “RSS” yang bila diklik keluar coding pelik2 . So, disini saya akan cuba menerangkan segala-galanya dengan sejelas mungkin.

Definisi RSS: RSS adalah akronim untuk “Really Simple Syndication” (RSS 2.0) . Ia sebenarnya hanyalah format coding yang standard dalam bentuk XML (adik beradik HTML) digunakan untuk transmit/penyebaran cebisan website/blog . The keyword here is “transmit” . Website/blog yang normal memerlukan anda pergi ke website/blog tersebut untuk membaca updates/post terkini. Macam papan kenyataan yang perlu kita pergi dekat dia untuk baca info yang terpapar. RSS pula lebih kepada radio, yang mana jika anda ada radio dan tune kepada line yang anda minati, anda boleh menerima apa sahaja content yang dihantar keradio anda.

Pendek kata untuk anda menikmati RSS, anda perlu ada radio, atau RSS Reader/Agregator . RSS reader seperti namaya, berfungsi untuk menterjemah dan menyusun dan memapar blog subscription anda. sama seperti radio. :) . Antara RSS reader yang popular adalah Google reader, Yahoo Homepage, Netvibes dan banyak lagi. Just search “RSS Reader” di search engine kegemaran anda.

Kini, dengan kecanggihan rowser sekarang, hampir kesemunya sudah menyediakan integrated RSS reader. Antaranya; Internet Explorer 7, Mozilla Firefox, Opera dan Google Chrome. Modus operandinya biasanya adalah bila anda mengunjungi satu page yang mengandungi RSS, logo RSS akan menyala di address bar browser anda. Just click it and you will be subscribed. Lepas tuh pergi ke menu view untuk membaca rss feeds anda! (RSS feeds adalah content yang dihantar kepada anda) .

============>Tamat Untuk Newbie<===============

Kepada yang sudah mempunyai blog, berikut adalah tips2 mudah untuk anda:

  1. Gunakan Feedburner sebagai RSS system anda. Kerana ianya boleh track/detect berapa ramai pembaca anda, berapa kerap mereka membacanya , dan juga boleh menggunakan adsense dalam RSS feeds anda!
  2. Ramai pembaca old skool yang lebih selesa dengan email, maka gunakan serviec Feedburner “Mail my feeds” untuk mereka (macam disebelah kanan saya nih, ada subscrition form camtuh.)
  3. Letakkan subription button anda sedekat mungkin dengan content supaya pembaca tidak tercari-cari mana la button rss anda. :)
  4. Tidak ada bezanya antara full feeds atau partial feeds. Pilih mana satu ikut sedap hati anda. Full feeds bagus untuk satisfaction pembaca tapi tak bagus untuk advertising anda sebab mereka takkan nampak iklan/banner/adsense di blog anda. Partial feeds bagus untuk advertising/monetization blog anda tapi tak bagus untuk satisfaction pembaca. Namun dengan sedikit kreativiti anda boleh achieve both: Reader satisfaction and Monetization! Antara caranya adalah menggunakan Feedburner adsense system for RSS untuk monetize RSS (untuk Full feeds) ataupun cukup sekadar meminta pembaca pergi ke blog anda untuk membaca update2 yang lain. Just think out of the box. :)
  5. Masalah content scrapper: Ya, ramai sploggers (spam blogger) akan mencurik RSS feeds anda (HANYA Jika content blog anda HOT dan berbahasa INGGERIS ) sebagai content mereka dan ini biasanya akan membuatkan anda takut dikenakan ban oleh google aas alasan content duplicate. Its all myth. Ya, duplicate content penalty is a myth. Saya dah try, saya dah test, saya tak kene ban.

Sekian, Selamat Hari Cuti! :)

Leave a Reply 402 views, 1 so far today
Tags: ,
  • No Related Post

Leave a Reply

sedim3front cactepitasik2merdekapangkor2pangkorsnorkelkld_waterconfidentkld_watergames