< Browse > Home / Umum / Blog article: Strategi menembusi Pasaran Antarabangsa Dengan Blog

| Mobile | RSS

Strategi menembusi Pasaran Antarabangsa Dengan Blog

2nd Nov, 2009 | 2 Comments | Posted in Umum

international

Sahabat kita, En. Fariz Zubir  telah menghubungi saya melalui emel. Beliau bertanyakan tentang adakah elok jika kita memasarkan produk kita secara antarabangsa melalui blog dan jika boleh, apakah cara-cara atau tips yang boleh digunakan. Di bawah adalah snippet email beliau:

Saya telah terbaca ebook E. Izwan mengenai promote blog. Saya nak bertanya, kalau kita ada produk yang baik, dan boleh target international market, ok tak kalau pakai blog, dan kita  marketing kan secara international - Fariz

Ini adalah soalan yang amat baik dan saya rasa ianya elok dikongsi bersama.

Berikut adalah balasan emel saya kepada beliau:

Terima kasih kerana membaca ebook saya. Mungkin tuan boleh dapatkan pula buku saya bertajuk “Buat Duit dengan Internet Marketing” untuk bacaan selanjutnya. :)

Menjawab pertanyaan tuan:

Memang saya sangat sarankan tuan mempunyai blog. Tetapi blog tersebut perlu mempunyai personaliti tuan. Oleh kerana blog bersifat ‘continual’, para pembaca menginginkan informasi yang kerap dan berjadual. Oleh yang demikian jangan hadkan isi blog tuan kepada produk tetapi luaskan skop kepada bidang-bidang yang berkaitan dengan produk tuan. Antara isi-isi blog yang bagus yang boleh tuan keutarakan adalah bagaimana menggunakan produk tuan dengan efektif, penggunaan kreatif produk tuan dan juga cerita-cerita pengguna produk tuan yang menarik yang boleh dikongsi. Blog sebenarnya lebih bersifat personal. Maka adalah lebih elok jika tuan menjual “diri” tuan dahulu sebelum menjual produk tuan.

Untuk menulis isi blog yang persuasif, tuan boleh menambah ilmu dalam bidang penulisan khususnya copywriting. Saya syorkan blog Copywriter (http://copyblogger.com). Copy writing juga ada dibincangkan dalam buku saya.

Namun, sebelum semua di atas, adalah lebih baik tuan melakukan keyword research dahulu untuk mengetahui serba sedikit katakunci-katakunci yang menjadi pilihan carian oleh bakal pelanggan produk tuan. Ia boleh dilakukan melalui banyak online tools. Saya cadangkan tuan menggunakan Google Keyword Tools (https://adwords.google.com/select/KeywordToolExternal) untuk kerja-kerja keyword research.

Harap saya dapat membantu.

Mengulas lebih lanjut tentang maklumbalas saya, terdapat pelbagai cara untuk kita memasarkan produk kepada pasaran antarabangsa dan salahsatu cara yang baik adalah secara dalam talian (online). Ini kerana pemasaran dalam talian tidak memerlukan kos yang tinggi. Markah bonus jika produk kita adalah produk maya kerana proses jual-beli produk maya boleh menjadi automatik sepenuhnya. Pemasaran dalam talian adalah satu teknik yang mempunyai beberapa “alat” jualan yang hanya berkesan pada keadaan tertentu jika kena dengan cara yang betul. Antara alat pemasaran dalam talian adalah Minisite, Website, dan Blog. Cara penggunaan alat-alat pemasaran ini pula terbahagi kepada beberapa teknik iaitu PPC, SEO, Article Marketing, Email Marketing dan juga Social Marketing. Ini bermaksud kita perlu menggunakan teknik pemasaran ke atas alat pemasaran untuk mendapatkan jualan.

Alat pemasaran amat berkait rapat dengan tahap automasi dan tahap persuasif proses jual-beli manakala teknik pemasaran amat berkait rapat dengan jumlah pengunjung alat pemasaran saudara.

Blog sebagai alat pemasaran

Blog dilihat sebagai salah satu alat pemasaran yang efektif buat masa ini. Ini kerana ianya begitu mudah didapati dan mudah juga untuk diuruskan (maintain). Populariti blog memuncak kerana ia salah-satu alat pemasaran yang mempunyai kadar onpage SEO yang tinggi berbanding alat pemasaran yang lain. Khususnya pada enjin blog Wordpress.

Oleh yang demikian, pemilihan blog sebagai alat pemasaran produk beliau adalah tepat.

Namun harus diingat bahawa blog perlu digunakan dengan betul untuk mendapat efek yang sepatutnya.

Seharusnya blog tuan Fairuz kelak mempunyai page khusus tentang produk beliau.  Ia seharusnya page dan bukan post kerana post adalah lebih bersifat pendapat/pengumuman atau sesuatu yang keluar daripada mulut kita. Page pula lebih bersifat seperti iklan bercetak yang tidak intrusif sifatnya.

Sebagai manusia yang bersifat sosial, kita kurang senang dan menjadi defensif jika terdapat rakan mempromosi barang secara terus kepada kita. Tetapi kita lebih cenderung membeli produk daripada pasaraya yang tidak intrusif sifatnya. Hanya pengiklanan bersifat informatif akan mendapat perhatian yang positif danhanya  pengiklanan yang mendapat perhatian yang positif yang menjual.

Oleh yang demikian, post-post di blog tuan Fairuz kelak lebih elok jika ianya bersifat informatif dan membantu pengunjung daripada bersifat iklan yang cuba menjual produk beliau.

Kunci kejayaan sesuatu kempen pemasaran adalah terletak pada penulisan iklan (copywriting) yang persuasif dan menjual. Maka saya amat syorkan tuan Fairuz dan juga pembaca yang lain menimba ilmu dalam penulisan iklan untuk memastikan kejayaan kempen pemasaran kita. Tuan Zamri Mohamad (Facebook / Kursus Penulisan /Kursus Perniagaan) adalah salah seorang Penulis Iklan (copywriter) yang hebat di Malaysia in. Beliau banyak membantu projek-projek saya sebelum ini.

Harap dapat membantu. :)

ps: jika anda ada sebarang pertanyaan, boleh diajukan diruangan Comment di bawah. Boleh kita berkongsi pendapat agar kita sama-sama meningkat naik dalam industri ini. :)

Leave a Reply 513 views, 4 so far today
Follow Discussion

2 Responses

  1. catzer Says:

    Blog merupakan medium untuk bersosial secara maya dengan bakal pembeli, istilah org lama tak kenal maka tak cinta.

Trackbacks

  1. ^_^ Ro.botys.com » Blog Archive » Flash dan SEO | Malaysia Web Design and SEO blog  

Leave a Reply

sedim3front cactepitasik2merdekapangkor2pangkorsnorkelkld_waterconfidentkld_watergames