< Browse > Home / Umum / Blog article: Tahukah Anda Saya …..

| Mobile | RSS

Tahukah Anda Saya …..

27th Aug, 2007 | No Comment | Posted in Umum

Oops, Alang dah tag saya untuk permainan tag-mengetag nih (Alamak, baru saya ingat artikel untuk blog alang!). This game required the tagged person to explain/tell/story in details 5 thing which is not very well known by public then tag 5 person for the new round. Jadi, inilah antara 5 perkara yg anda tak tahu tentang diri saya (dan saya kalau boleh tak nak anda tahu :) ):

1- Saya mula mengenal komputer pada umur 7 tahun (tahun 1990) dimana waktu itu komputer disekolah saya masih menggunakan DOS dengan screen hitam-hijau yg famous itu. Ketika itu saya terpilih menjadi “seeds” ataupon tikus makmal untuk program komputer disekolah yg popular 5 tahun kemudian. Apa yg diajar? Programming: FORTRAN dan BASIC. (Ada ker ajar budak2 sekolah rendah yg zero english tentang programming.. tak patut sungguh!)

2- Saya takder lesen kereta mahupon motorsikal (walaupon dah berumur hampir 24 thn!).. so, hanyalah pengangkutan awam dan juga driver tak rasmi saya (adik tercinta) yg memanjangkan langkah ini. :)

3- Alang dan shuth ada cerita mengenai handphone mereka (dan sesungguhnya saya sgt jeles dengan handphone shuth..). Namun saya tak pernah memiliki handphone secanggih itu. Saya juga x pernah memiliki walau sebuah komputer pon! Ya, sayalah the walking proof that you still can master computer (really master it i mean) without the need to have it. Saya mampu mengoperasikan pelbagai jenis OS dan komputer seperti Apple Mac OsX, Linux (FreeBSD,Knoppix), Windows (98-Vista), dan puluhan software yg tak larat kot nak tulis kat sini. Semuanya tanpa memiliki satu pun komputer . Bagaimana saya belajar semua itu ? Internet ! “Its not about the gadget you have, but the will to do it!”

4- Alang ada cerita pasal project2 beliau (yg terbengkalai). Tapi project2 buat duit dengan internet saya bukanlah agenda utamanya “buat duit untuk hidup (makan,minum,bayar sewa rumah)”. Internet marketing adalah tempat saya untuk mengumpul modal untuk project yg tersangat besar Impactnya pada dunia (jika teori yg saya buat adalah betul). And i really wish i can tell you… but no.. ;) (hint: Ada kena mengena dengan krisis tenaga dan global warming dan juga open source. but absolutely not related to computer/internet)

5- Dahulu masa sekolah rendah saya adalah seorang yg pendiam dan introvert. Tapi selepas terlibat dalam satu kemalangan separa ngeri, tiba2 saya menjadi seorang budak yg hyperaktif dan sedikit “tak betul” (baca:kreatif) sampai la sekarang. Sesungguhnya setiap sesuatu yg berlaku ada hikmahnya. ;)

Dan sebagai seorang marketer yg berjaya, saya overdeliverkan post ini dengan bonus satu lagi fakta:

6- Saya sebenarnya masih lagi terkial2 mencari pendapatan yg teguh dalam niche internet marketing nih. Jumlah pendapatan terkumpul daripada usaha saya hanyalah RM300 sejak tahun lepas. Dan ebook F2R daripada ringgithit sememangnya banyak membantu saya akan satu fakta penting untuk mereka yg nak buat bisnes: “You need money to make a money, FAST! ” (sekarang daripada RM 300 tuh saya dah hampir menggandakan ia kepada Rm900 dalam masa seminggu jer, camner saya buat? Nantikan isu khas tersebut.. ;) )

Ok, penyeksaan saya sudah berakhir :) … seterusnya saya mahukan insan2 berikut menyahut cabaran Tahukah Anda ini:

1- Tazamfn : Insan yg agak kerap muncul diruangan comment blog ini.. apa lagi, cepat sahut!
2- Tuah Emas : Pada saya beliau adalah Guru yg seharusnya mendapat perhatian yg lebih lagi daripada komuniti pembuat duit dengan internet ini. Diam2 beliau sesungguhnya banya info yg patut dikongsi. Beliau mendapat bintang kehormat 13 petala langit daripada saya berkaitan teknikal things on SEO, Google dan juga Copywriting, yg menjadi asas2 dalam perniagaan internet. Silakan sifu.
3- Sham : Rajaadsense! Siapa yg tak kenal kan. Apa la rahsia yg kita tak tahu tentang beliau ek
3- Ringgithit : Ebook beliau telah mengubah pandangan saya tentang Adsense arbitrage, apa pula rahsia beliau yg mungkin mengubah taggapan saya terhadap isu2 lain? Tak sabar2 nih ;)
4- Catzer : Hawa yg dahulu sehaluan di arena, kini menyepi dari blog ini. Join weh.
5- Hafiz+Bitol : from RoadToMillionnaire . Another diamond in the mud. ;)

Sahutlah cabaran ini, mari beraksi di gelanggang tag-mengetag ini sepuas-puasnya!

Sekian,

tag source: mohdSuhaimy-Alang

Leave a Reply 485 views, 3 so far today
  • No Related Post

Leave a Reply

sedim3front cactepitasik2merdekapangkor2pangkorsnorkelkld_waterconfidentkld_watergames