< Browse > Home / Umum / Blog article: The Real Definition of “Money”

| Mobile | RSS

The Real Definition of “Money”

6th Sep, 2007 | 1 Comment | Posted in Umum

Semalam sambil2 saya surfing internet, terjumpa+tertonton klip ini; “Money is Debt” di youtube. Ia adalah satu video yg sgt menarik dan revealing tentang apakah itu “duit” daripada segi sejarah, dan evolusinya untuk kegunaan hari ini. Terdapat juga beberapa konspirasi+Big Secret yg dipaparkan, tapi terpulang pada anda untuk percaya atau tak. Saya percaya!

Ok berbalik pada isu duit tadi. Apakah duit? Apakah sebenarnya yg kita gunakan setiap hari untuk membayar bil, membeli makanan dan sebagainya?

Duit secara lahiriahnya adalah kertas ataupon logam yg diterima oleh kita mempunyai nilai2 tertentu yg boleh ditukarkan untuk servis/barang yg sama nilainya. Contohnya harga sekilo ayam adalah RM5.00. Jadi untuk memiliki sekilo ayam kita perlu membayar sejumlah kertas dan logam yg bernilai RM5.00 . Kertas dan logam itu dengan sendirinya tidak bernilai RM5.00, KITA yg menerimanya sebagai bernilai RM5.00 . Inilah yg dikatakan “Money is Trust” . Kita percaya yg kertas dan logam tersbut mempunyai nilai yg lebih tinggi daripada nilai kertas dan logam itu sendiri. Kenapa kita percaya? Kerana kerajaan telah menggubal undang2 atas kertas dan logam tersebut yg apabila dikeluarkan oleh kerajaan adalah bernilai sekian-sekian.

Point penting yg saya nak tekankan adalah “nilai” barangan yg kita bayar. Mungkin ada antara kita yg masih ingat yg sewaktu kita bersekolah rendah dahulu, sepinggan nasi lemak dan secawan air sirap diwaktu rehat hanyalah berharga RM0.50 sahaja. Ya, 50 sen jer dik oi.. sekarang harganya hampir mencecah RM1.50 (rasanyalah, dah lama saya habis sekolah rendah ;)) . Kenapa ini berlaku? Adakah nasi lemak telah naik “nilai” nya? No, nilai/value nasik lemak tuh tetap sama. Ia tetap nasi lemak yg dibuat daripada beras, santan, timun dan sedikit sambal. Malah, nasi lemak hari ini lebih kurang jumlahnya berbanding dahulu. Nasik lemak RM1 dahulu sgt besar hingga boleh dikonsi makan 2 org kanak2, tetapi nasi lemak RM2.00 sekarang adik perempuan saya darjah 4 pon leh habiskan sorang… dan bukan, adik saya bukan buruk lantak.. :)

Soalan penting: “Nilai” sama, tapi “Harga” telah naik. Kenapa perlu harga naik padahal nilainya sama? Mungkin akan ada suara2 yg mengatakan “Ianya adalah disebabkan inflasi la”. Then, why inflasi wujud? Kenapa ada inflasi padahal nilai tersebut tak pernah berubah? Inflasi: When there is too much money for too few product. Pendek kata, duit telah dicetak berlebihan untuk jumlah produk yg sama atau dalam erti kata lain: “Harga”(duit) telah bertambah untuk jumlah “Nilai”(produk) yg sama.

Kenapa duit ditambah/dicetak lagi? Kerana org2 yg berhutang perlu membayar sejumlah faedah keatas nilai hutang mereka. Anda bayangkan, Mamat A mempunyai RM10000, then Pakcik B meminjam RM10 000 tesebut untuk berniaga barang2 runcit di komuniti C. Setelah cukup tempoh, Pakcik B memulangkan kembali RM10 000 berserta faedah sebanyak RM200. Mana datang lagi RM200 tersebut? Ya, daripada komuniti tersebut lah kan.. ;)

Ia nampak seperti ok jer kan? Sekarang, bayangkan Mamat A adalah sebuah kerajaan A, memberi hutang perniagaan kepada beribu2 org (Pakcik B) untuk membangunkan sebuah negara dengan perniagaan kepada rakyatnya (komuniti C). Sekarang manapula datang duit berlebihan untuk membayar faedah (RM200) tersebut? Ya, ia daripada kerajaan sendiri yg mencetak lebih banyak duit untuk mengimbangi faedah2 hutang tersebut. Pendek kata, lebih banyak org berhutang, lebih banyak perniagaan, lebih banyak duit akan dicetak, maka inflasi akan meningkat, dan harga barang akan naik, Org akan berhutang lagi sbb tak cukup duit dan kitaran tersebut berulang. Duit adalah Hutang. Money is debt.

Why need to understand this? When we understand that the money is actually a debt accumulated, anda akan paham kenapa negara banyak membelanjakan duit sejak akhir2 ini. dan negara akan terus membelanjakan lebih banyak duit untuk masa akan datang. So, kita boleh bersiap sedia untuk segala kemungkinan yg ada: Prosper country with abundance of wealth or poorer country due to huge inflation.

Nak selamat: Sediakan Payung Sebelum hujan
Nak Kaya: Jual Payung ketika hujan. ;)

Itu adalah rumusan terhadap video tersebut. Kalau rajin, boleh la gi tgk video tersebut. Kalau tak, tanya jer saya di ruangan komen kalau tak paham… boleh juga kita diskas apa2 yg menarik. ;)

Leave a Reply 446 views, 1 so far today
Tags: , ,
Follow Discussion

1 Response

Trackbacks

  1. ^_^ Time is Money is Time  

Leave a Reply

sedim3front cactepitasik2merdekapangkor2pangkorsnorkelkld_waterconfidentkld_watergames