Time is Money is Time
Saya percaya, manusia adalah makhluk yang selalu take for granted akan benda-benda yang biasa atau abundantly available (hadir dengan banyak) disekelilingnya. Ambil contoh Alam sekitar, kita take for granted dan dengan selamba mencemarkanya. Pastuh bila sakit, baru nak jaga. Bila dah sembuh, kembali dengan perangai lama: Cemar dan terus cemari. Kita tidak berniat mencemarinya, tapi lebih mudah untuk mencemari alam sekitar daripada melindunginya.. bukan? (Maka kalau nak buat kempen alam sekitar, buatlah sesuatu yang membuatkan melindungi alam sekitar jadi lebih mudah/berbaloi daripada mencemarinya)
Kerana sikap “take for granted” jugalah kebanyakan manusia tidak terus belajar/berkembang ilmunya. Saya bukan nak kutuk tuan-puan sekalian, saya mengaku saya juga begitu. Ianya tanpa disedari, kadang-kadang kita take for granted benda-benda mudah di sekeliling kita. Kalau saya tak sedar, tolong lempang saya ya!
salah satu benda yang kita rasa kita tak “take for granted” tapi sebenarnya ya ialah Duit/Wang/Fullus/Money . Yep, kertas dan besi-besi bulat kecil itulah! Sepanjang hidup kita menggunakan duit, kecik-kecik dah pandai menilai value duit (raya- ang pau tak mahu duit syiling, nak duit kertas jer… ceh) , yang besar pulak citer projek riban-riban. tapi tahukah kita apakah duit itu sebenarnya?
Money is Debt Time
Setelah saya fikir-fikir dan tilik-tilik daripada penggunaan duit dalam bisnes seharian, saya memutuskan bahawa “Duit adalah Masa” . Duit adalah masa anda dalam bentuk fizikal. Ianya bukan masa orang lain, tetapi masa milik anda. Anda bekerja dengan bos yang mana anda trade masa+skill anda dengan duit. Anda jual nasik lemak di pasar malam yang mana anda menukar/trade masa yang anda peruntukkan untuk membeli bahan+memasak+skill nak kasik nasik lemak jadik sedap dengan sejumlah wang yang sama value dengan nasik lemak tersebut. Anda membuat servis design web site yang mana anda menukar masa+skill membuat website anda dengan sejumlah wang pelanggan anda.
Pelanggan/boss anda mengeluarkan duit beliau yang mewakili masa beliau sebelum ini untuk di trade dengan skill dan masa anda.
Bila kita fikir daripada sudut ini, satu persoalan akan timbul: “Kenapa bos bayar gaji aku sikit compare dengan mamat Engineer tuh? Padahal dier keje same gak masa ngan aku , 9-5?”
Simple jer jawapannyer: Kerana itulah value masa+skill anda. Masa anda sama tapi value skill berbeza. Skill engineer lagi valuable berbanding skill pengkeranian atau skill “mengular” kepada boss kita.
Pendek kata, after this, kalau anda seorang pekerja yang mahukan di upkan gaji; offer skill yang lebih valuable pada boss anda. Buat kira-kira sikit yang menunjukkan anda boleh memberi lebih value kepada syarikat jika skill anda digunakan sepenuhnya.
Anda buat bisnes? Fikirkan produk/servis tambahan yang boleh memudahkan/cut short masa yang diperlukan oleh pelanggan anda untuk menyelesaikkan masalah mereka… saya jamin ia akan terjual laku keras! (Pssst: Produk paling mudah untuk dibuat adalah buku keras ataupun ebook. Rujuk PTS
)
Konklusi daripada teori “Time is Money, Money is Time” adalah: Kita bekerja/berniaga untuk mengumpul duit (masa sekarang connvert jadik duit) untuk “membeli” masa bersara kita. (Ya, kita semua tidak mahu bekerja untuk duit … kan?)
Case closed.










November 20th, 2008 at 2:19 pm
Ramai orang tidak mahu bekerja untuk duit sebaliknya ramai yang TERPAKSA berkerja semata-mata untuknya !
November 21st, 2008 at 10:30 am
Yep. Inilah yang berlaku bila everything is about money.
Nak makan kene ader duit
Nak tido pon kene ader duit (sewa rumah)
Nak kawen lagila kene ader duit, yang banyak!
Nak pegi keje pon kene ade duit jugak
Hmmmm…. sape yang buat kita jadik camnih?? Who?
October 17th, 2009 at 8:28 pm
Ya, ramai orang “buta” soal duit. Saat ni ramai orang bekerja untuk duit, duit adalah master orang. Perlulah kite berusaha tuk ubah itu perspective.