< Browse > Home / Umum / Blog article: Usahawan akan bersama para nabi

| Mobile | RSS

Usahawan akan bersama para nabi

3rd Sep, 2007 | No Comment | Posted in Umum

“Seseorang peniaga yang jujur dan amanah akan bersama nabi-nabi, para siddiqin dan para syuhada.”

Betapa keusahawanan itu sudah sebati dengan Islam dimana nabi junjungan kita sendiri adalah usahawan/peniaga yg baik, jujur beramanah dan beretika.

dan betapa indahnya Islam bila menitikberatkan tanggungjawab sosial seperti berderma, sedekah dan membayar zakat bukan sahaja untuk membersihkan jiwa daripada sifat tamak haloba dan keras hati, tetapi membantu membangunkan ekonomi serantau yang akhirnya akan memberi lebih banyak peluang perniagaan kepada pembayar zakat tersebut. Indah bukan hukum Allah?

Kerana itulah usahawan akan bersama nabi-nabi, para siddiqin dan para shuhada` di akhirat kelak. Hanya usahawan yg membayar zakat dan jujur serta amanah dalam berniaga la. Kalau menipu+ tikam belakang partner, jgn harap cium bau syurga sekalipon! Sebabnya sgt mudah. Usahawan yg jujur akan membawa kebaikan yg besar kepada masyarakat. Dan setiap kebaikan maka pahala la lebih berhak keatas mereka. Manakala usahawan tikam member + lobi sana sini + tak kira halal haram hanyalah membawa keburukan yg tersangat besar kepada masyarakat sekeliling. Contoh situasi: A adalah usahawan yg jujur-amanah-dan seribu satu kebaikan lagi. Manakal partnernya B adalah musang berbulu ayam yg sentiasa mahukan untung yg mudah tak kira apa cara sekalipon. Maka sampai satu tahap, si B menikam belakang si A lalu dapatlah ia menguasai perniagaan itu secara keseluruhannya. Apa yg B telah buat? B telah memusnahkan kebaikan yg mungkin dibuat oleh A jika perniagaan tersebut terus menerus dipegang oleh A. Maka hanyalah dosa yg besar atas setiap duit yg beliau makan kerana kesalahan tersebut. Dan sesungguhnya, itu bukanlah pengakhiran kepada si A, kerana selepas itu, ramai lagi usahawan2 yg ikhlas yg terhutang budi pada si A sewaktu beliau berniaga dahulu akan menolong si A untuk bangun kembali, dan seterusnya mencipta kejayaan yg lebih besar.

Usahawan akan bersama para nabi. Aku mahu bersama para nabi. Aku mahu menjadi usahawan yg jujur+amanah+memberi seribu satu kebaikan kepada masyarakat sekeliling aku. Amin.

Sekian tazkirah hari ini…. :)
ps: entry ini adalah inspirasi daripada artikel ini: Islam iktiraf kerjaya usahawan oleh ISMA ADDI JUMBRI . Ada juga artikel yg bagus dalam paper utusan nih. Kalau tak, penuh dengan berita kemalangan+politik+hiburan sana sini.

Leave a Reply 417 views, 1 so far today
  • No Related Post

Leave a Reply

sedim3front cactepitasik2merdekapangkor2pangkorsnorkelkld_waterconfidentkld_watergames