< Browse > Home / Umum / Blog article: Virus, Spyware dan Keselamatan Komputer Anda

| Mobile | RSS

Virus, Spyware dan Keselamatan Komputer Anda

30th Dec, 2008 | 3 Comments | Posted in Umum

Anda pernah dengar Brontok? ataupon Ravmon?

Ya, makhluk berdua tersebut adalah antara virus yang paling popular sepanjang tahun ini. Saya juga berani katakan hampir setiap daripada kita yang mempunyai komputer pernah di”huru-hara”kan dengan virus ini. Kita maki-maki dia, kita sumpah-seranah virus-virus tersebut. Kita rasakan ia hanya membawa kerosakan kepada kita.

Namun semua ada hikmahnya. Saya sekali lagi berani katakan, kini hampir setiap dari kita yang mempunyai komputer sudah memasang perisian antivirus. Kan kan kan? :)

Tahun 2008 pada saya adalah tahun antivirus. Pada tahun ini, banyak isu-isu berkenaan keselamatan komputer mula tersebar luas kepada pengguna komputer. Sampaikan budak-budak pon sudah tahu perihal antivirus. Sebut sahaja Avast, AVG ataupun Kaspersky , mereka mengangguk2 tanda setuju. Bial sahaja kita reformat komputer, antara perisian pertama yang dipasang adalah Kaspersky. Walaupun cetak rompak, balun sahajalah. :)

Err, kaspersky sudah sangat murah. RM45 sahaja untuk setahun untuk seorang pengguna. Boleh didapati di toko-toko IT terdekat. :)

Jika mahu beli, belilah yang terbaik. Apakah antivirus terbaik untuk kita? Saya lebih suka mengambil pendekatan “Nilai penggunaan” dalam setiap barang yang dibeli. Buat apa beli mahal2 jika yang sederhana harganya sudah cukup  bagus. Buat apa beli komputer power2 tapi hanya digunakan untuk menaip dan bermain internet. 

Maka disini adalah senarai Antivirus yang menggunguli carta Antivirus sedunia:

 

  1. BitDefender 9 Standard
  2. McAfee VirusScan 2006
  3. Kaspersky Lab Kaspersky Anti-Virus Personal 5.0
  4. F-Secure Anti-Virus 2006 
  5. Symantec Norton AntiVirus 2006
  6. Panda Software Panda Titanium 2006 Antivirus + Antispyware
  7. AntiVir Personal Edition Classic 6.32
  8. Alwil Software Avast Home Edition 4.6
  9. Trend Micro PC-cillin Internet Security Security 2006
  10. Grisoft AVG Free Edition 7.1

Baca reviu disini

 

Semuanya kerana Brontok. Terima kasih Brontok! 

ps: Apakah perisian antivirus yang anda guna? (saya mahu buat reviu perbandingan :) )

Leave a Reply 730 views, 1 so far today
Follow Discussion

3 Responses

  1. Zamri Mohamad Says:

    Ha ada satu saya pakai,

    Anti’biotik’

    Muahahahah!

  2. Robotys Says:

    Cis, antibiotik tidak diambil kira.

    Kata budak-budak: Tidak Aci! :)

  3. BodybuilderJason1989 Says:

    Thank you! I have been looking for this info all day now. My computer is not running like it should and I need to figure out how to fix it soon. I have bookmarked your post so others can find it too on reddit.

Leave a Reply

sedim3front cactepitasik2merdekapangkor2pangkorsnorkelkld_waterconfidentkld_watergames