< Browse > Home / Umum / Blog article: WikiTerjemah - Terjemahan Buku secara Open Source

| Mobile | RSS

WikiTerjemah - Terjemahan Buku secara Open Source

6th Sep, 2008 | No Comment | Posted in Umum

ilham: http://universitipts.com/index.php/site/comments/dato_baha_menyangkal_tun_dr_mahathir/

Isu bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar matapelajaran sains dan matematik di peringkat sekolah rupa-rupanya hangat diperkatakan beberapa detik yang lalu (Jam saya rosak. :)). Selak blog itu, selak blog ini kerap terbaca isu tersebut. Chedet berhujah dan yang lain berbahas.

Terbaca lalu tertarik dengan artikel berkaitan isu ini di blog Puan Ainon, Universiti PTS. Satu persoalan yang dinyatakan dan kerap kali kedengaran diblog-blog yang lain juga adalah masalah untuk menterjemahkan karya-karya dalam bahasa asing ke dalam bahasa melayu.

Eh, susah sangatkah kerja-kerja menterjemah ini?

Kalau susah sangat untuk dilakukan oleh badan-badan kerajaan atau pun swasta (ataupun tidak mahu menanggung kos yang tinggi) , apakata kita gunakan konsep sumber terbuka atau Wiki yang popular dikalangan penganut IT? Ia mudah, murah dan berkesan! Secara tidak langsung, penterjemah yang terdiri daripada pelbagai peringkat demografi mampu mempeljari ilmu tersebut ditambah ilmu bahasa asing dan ibunda.

Masalah utama adalah hakcipta buku tersebut (jika ada)

Abaikan dahulu masalah itu, kita bincang-bincang cara aplikasinya dahulu. cadangan saya adalah kita gunakan asas Wikipedia dimana setiap pengguna tanpa melihat latarbelakang boleh menyumbang dalam apa juga bentuk. Namun secara kasarnya, aktiviti pengguna boleh diklasifikasikan kepada 3 kumpulan utama:

1- Pemberi idea: buku/artikel/karya apakah yang bagus untuk diterjemah
2-Pengumpul bahan: yang akan mengumpul buku/artikel/karya yang akan diterjemah
3- Penterjemah: Yang akan menterjemah/memeriksa terjemahan penterjemah lain.

Software yang diperlukan hampir kesemuanya terdapat dalam sumber terbuka( Sistem pengoperasian-Linux, Server-Apache, Pengaturcaraan- PHP, database- MySQL, CMS- Wiki) .

Masalah utama masih lagi dengan hakcipta buku tersebut (sengaja diulang, kita tidak mahu lari daripada masalah bukan? :))

Leave a Reply 508 views, 1 so far today

Leave a Reply

sedim3front cactepitasik2merdekapangkor2pangkorsnorkelkld_waterconfidentkld_watergames